Final AF 2015: Sufi Ditabal Juara Pertama Dari Singapura

Final AF: Sufi Juara Akademi Fantasia 2015



Akhirnya terjawab juga siapa yang bakal memenangi AF 2015! Pelajar dari Singapura, Sufi telah ditabalkan sebagai juara Akademi Fantasia 2015 (#AF2015) dalam Konsert Akhir #AF2015 yang berlangsung malam tadi yang telah bersiaran secara langsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Dalam konsert itu Sufi telah menyampaikan lagu ciptaan penuh dirinya sendiri bertajuk Kisah Dua Muka serta lagu Andai Ku Bercinta Lagi nyanyian asal kumpulan Mojo.

Tonton Persembahan Konsert Akhir Sufi -(Klik sini)

Selain bergelar juara Sufi atau nama sebenarnya, Mohammad Sufie Rashid, 24,juga berjaya mengatasi rekod Aisyah #AF2013 yang sebelum ini hanya layak ke peringkat Akhir #AF2013.

Sebagai juara Sufi telah berjaya membawa pulang hadiah berupa wang tunai bernilai RM50,000, pakej percutian ke Dubai tajaan HNH Tours Sdn Bhd dan sebuah trofi.

Tempat kedua jatuh kepada Syamel yang pada awalnya menjadi jangkaan beberapa pihak untuk bergelar juara pada konsert akhir tersebut.

Selaku naib juara dia telah memenangi hadiah berupa wang tunai bernilai RM30,000, pakej percutian ke Dubai tajaan HNH Tours Sdn Bhd dan sebuah trofi.

Syamel telah mempersembahkan lagu Hidup Dalam Mati ciptaannya sendiri serta Sampai Mati nyanyian asal Hazama.

Tonton Persembahan Konsert Akhir Syamel-(Klik sini)

Tempat ketiga berjaya diduduki Bila yang  menyampaikan lagu Diam Saja ciptaan Edry Abdul Halim dan lagu nyanyian asal Faizal Tahir, Karma.

Anak kepada pemain bass kumpulan Wings iaitu Eddie ini membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM20,000, pakej percutian ke Dubai tajaan HNH Tours Sdn Bhd dan sebuah trofi.

Tonton Video Lagu Diam - Bila (klik sini)

Tempat keempat jatuh kepada Shahrul yang membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM10,000, pakej percutian ke Dubai tajaan HNH Tours Sdn Bhd dan sebuah trofi.

Sharul telah menyampaikan lagu berjudul Hanya Kamu ciptaan Zul 2 By 2 dan Just The Way You Are nyanyian asal Bruno Mars.

Tonton Video Lagu Hanya Kamu - Sharul (klik sini)

Persembahan istimewa dari kumpulan Bunkface, Dato` Sheila Majid dan Caliph Buskers turut mengisi konsert akhir ini.

Hos pada malam itu adalah Zizan Razak dan Faizal Ismail. Manakala barisan pengkritik pula terdiri daripada Dato` Ramli MS, Dato` AC Mizal, Fauziah Ahmad Daud dan Datuk Aznil Hj Nawawi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Internet business sales

Donate Car To Charity CALIFORNIA, Online Classes, PHD In Counseling Education, Webex Costs, Register Free Domains,Best social media platforms, Social Media Tools

Cari Apa Saja..

Blog Archive