Sebuah drama menyentuh jiwa angkara silap pilihan, pengorbanan dan cinta terbahagi yang meruntun hati.
Lima tahun melayari rumah tangga tanpa cahaya mata, Wassim (Yusuf Bahrin) dan Zarita (Nelydia Senrose) kelihatan bahagia di mata orang. Namun di sebalik senyuman mereka, tersembunyi duka yang perlahan-lahan menggoncang mahligai cinta mereka.
Zarita, seorang pempengaruh popular yang sedang mengejar impian dan berada di puncak kerjaya, masih belum bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang ibu. Baginya, masa depan yang dibina sedang berkembang dan kehadiran anak mungkin menjadi titik noktah kepada semua itu. Namun bagi Wassim, naluri seorang suami yang ingin bergelar bapa kian membuak-buak, lebih-lebih lagi apabila melihat rakan-rakan seusia hidup bahagia bersama keluarga kecil mereka.
Saat cinta diuji oleh masa dan perbezaan impian, Zarita membuat keputusan paling drastik. Dia merelakan suaminya berkahwin lagi. Dan lebih mengejutkan, dia sendiri mencadangkan adik angkatnya, Aneesa (Ezzanie Jasny) sebagai calon madu. Meskipun Wassim dan Aneesa pada awalnya menolak, tekad Zarita yang kuat membuat mereka akhirnya akur . Semuanya demi menjaga hubungan dan mengenang jasa.
Namun, kehidupan bermadu tidak seindah yang dibayangkan. Perasaan yang dulunya disimpan kemas mula meletus. Cemburu, takut kehilangan dan kasih yang tercalar mula menghantui Zarita, terutamanya apabila dia melihat kebahagiaan antara Aneesa dan Wassim semakin utuh. Apatah lagi, apabila ada kemungkinan Aneesa akan menimang zuriat terlebih dahulu...
Zarita mula goyah. Keputusannya dahulu kini menghantuinya kembali. Dia ingin kembali menjadi satu-satunya di hati suaminya. Tapi adakah segalanya sudah terlambat?
Dalam hujan rasa yang mengalir deras, mampukah cinta yang pernah dibahagi itu disatukan semula? Atau... adakah ia akan tenggelam bersama penyesalan?
P/S: Untuk Dapatkan update lagu OST , Sinopsis Drama dan filem yang baru dipost, sila bookmark 'page 'lagulagumalaysia.blogspot.com' dan follow facebook kami. Terima Kasih. Semoga Terhibur:)
Senarai OST + Snopsis Terbaru:
- Sinopsis Drama Seindah Hujan Cinta (Baru!)
- OST Drama Seindah Hujan Cinta (baru!)
- Sinopsis Drama Hospital Loveline (baru!)
- OST Drama Hospital Loveline (baru!)
- Sinopsis Filem Kpop Demon Hunters (2025)(baru!)
- Sinopsis Filem Jurassic Rebirth (2025) (baru!)
- Sinopsis Filem Demon Slayer Infinity Castle (Baru!)
- Sinopsis Drama Seadanya Kita (baru!)
- Sinopsis Drama Rumah Tanpa Luka (baru!)
- Sinopsis Drama Boleh Saya Bantu 2 (baru!)
- Sinopsis Drama Setia Itu Mahal
- Sinopsis Drama Langit Ke Tujuh
- Sinopsis Filem Ejen Ali The Movie 2
- OST Drama Dia Bukan Ipar Sempurna
- Senarai OST + Sinopsis Drama, Filem 2025 (Klik sini!)
tags:Sinopsis Drama Seindah Hujan Cinta (TV3), Lirik Lagu Malaysia, Lirik Malaysia, Lagu Terbaru 2025, , Download lagu, Download lagu mp3, Download lagu tiktok, download lagu malaysia, OST Drama melayu, ost drama terbaru, Carta lagu era, lagu terbaik, drama terbaru, drama melayu tv3, drama melayu best, lagu inggeris, lagu korea, ost jadikan aku bidadari, lagu apt, lagu negaraku, lagu korea, lirik lagu siti nurhaliza, Lagu Patriotik, Lagu Merdeka Malaysia ke -68,