Sinopsis Drama Rumah Tanpa Luka (Astro)
Demi seorang insan bernama Rose Ameena, Nik Kalsum sanggup menjadi asing dalam darah daging sendiri. Dibiar terkapai dalam dunia penuh kelam, hidupnya cuma beralaskan pengorbanan dan air mata.
Lalu hadir Ahmad Qiuzi, lelaki yang penuh tenang, berbeza dengan sifat Nik yang garang. Namun pandangan mata Qiuzi yang tersembunyi badai telah menggoncang hati Nik yang keras dan penuh luka. Dia datang seperti ubat, tapi mampukah dia menyembuhkan hati yang sudah lama bernanah?
Namun langit tak selamanya cerah. Hadir semula Hayyan, lelaki dari masa silam yang pernah menghunus sembilu paling tajam ke dada Nik. Tujuh tahun berlalu, namun luka itu belum benar-benar kering.
“Untuk kali ini saja, tak bolehkah Nik pandang abang dengan cara berbeza?”
“Maaf… aku tak menerima tetamu dari masa lalu.”
Nik terperangkap di antara dua hati. Satu yang hadir membawa harapan, dan satu lagi datang membawa persoalan. Di mana akhirnya sebuah jiwa yang lelah harus berlabuh?
Rumah Tanpa Luka bukan sekadar tentang tembok dan atap. Ia tentang rasa untuk pulang ke tempat yang tak lagi menyakitkan.
Dan soalnya kini… adakah Nik Kalsum akan pernah temui sebuah rumah yang benar-benar bebas dari luka?
Bersedia untuk dibawa ke dalam dunia penuh emosi dan konflik jiwa...
Rumah Tanpa Luka, adaptasi daripada novel karya Ezza Mysara, bakal menghiasi slot MegaDrama di Astro Ria bermula 1 September, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam.
Diterbitkan oleh Suhan Movies & Trading dan diarahkan oleh Nur Sharif, drama ini menjanjikan kisah yang menyentuh hati, sarat dengan pengorbanan, cinta dan luka masa silam yang menghantui.
Menampilkan gandingan hebat Erysha Emyra, Shukri Yahaya, Nadhir Nasar dan Naura Arissa, Saksikan bagaimana sebuah hati diuji. Antara cinta yang hadir membawa harapan dan masa lalu yang tak mahu pergi.
Jangan lepaskan Rumah Tanpa Luka kerana tidak semua yang kita panggil "rumah" itu bebas dari derita.
Senarai Sinopsis Dan OST Terbaru :
tags: Sinopsis Drama Rumah Tanpa Luka (Astro), Lirik Lagu Malaysia, Lirik Malaysia, Lagu Terbaru 2025, , Download lagu, Download lagu mp3, Download lagu tiktok, download lagu malaysia, OST Drama melayu, ost drama terbaru, Carta lagu era, lagu terbaik, drama terbaru, drama melayu tv3, drama melayu best, lagu inggeris, lagu korea, ost jadikan aku bidadari, lagu apt, lagu negaraku, lagu korea, lirik lagu siti nurhaliza, Lagu Patriotik, Lagu Merdeka Malaysia ke -68,