Memaparkan catatan dengan label Sinopsis 2025. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sinopsis 2025. Papar semua catatan

Sinopsis Filem Ejen Ali The Movie 2

Sinopsis Ejen Ali The Movie 2 



Ejen Ali kembali dengan misi yang lagi power dan penuh cabaran! Kali ni, dia kena uruskan Projek Satria, atu program rahsia MATA untuk lahirkan ejen baru yang hebat. Senjata utama? Sut SATRIA yang boleh berubah ikut misi dan gabungkan skil empat Teras: Tekno, Neuro, Inviso dan Kombat. 

Fuh, canggih gila! 

 Tapi masalah tak berhenti kat situ… Alicia sekarang pemegang IRIS yang baru dan hubungan mereka mula goyang. Dalam masa sama, Neonimus, penggodam misteri muncul dengan agenda pelik yang macam ada kaitan peribadi dengan Ali. 

Siapa dia sebenarnya? 

 Tambah panas, Rizwan, bekas ejen MATA yang dulu sokong Ali, tiba-tiba berpaling arah. Siap bawa geng jahat Dos & Trez! Nak lawan balik? MATA perkenal barisan Ketua Teras baru macam Ejen Amir dan Ejen Elle untuk pertahankan Cyberaya. Bila teknologi, persahabatan, dan kepercayaan diuji.

 Ali kena pilih: Nak terus jadi budak biasa… atau jadi hero yang Cyberaya betul-betul perlukan? Aksi lagi padat, emosi lagi deep, dan rahsia makin terbongkar. Jom ikut Ali selamatkan Cyberaya sekali lagi! 

Senarai Sinopsis Dan OST Terbaru :


 tags:Sinopsis Filem Ejen Ali The Movie 2, Lirik Lagu Malaysia, Lirik Malaysia, Lagu Terbaru 2025, , Download lagu, Download lagu mp3, Download lagu tiktok, download lagu malaysia, OST Drama melayu, ost drama terbaru, Carta lagu era, lagu terbaik, drama terbaru, drama melayu tv3, drama melayu best, lagu inggeris, lagu korea, ost jadikan aku bidadari, lagu apt, lagu negaraku, lagu korea, lirik lagu siti nurhaliza, Lagu Patriotik, Lagu Merdeka Malaysia ke -68,

Sinopsis Boleh Saya Bantu 2 (TV3)

Sinopsis Drama Boleh Saya Bantu 2 



 Nasar (Andi Bernadee) ingat lepas cerai dia boleh hidup tenang-tenang je... tapi malangnya, hidup dia lebih drama daripada sinetron 800 episod! Baru nak move on, dia dihantar menguruskan Love Wave Hotel, hotel yang bukan je hampir bankrap, tapi juga penuh misteri dan kekecohan, Hotel ini merupakan hak milik Tuan Joe. Dengan bantuan (dan kadang-kadang beban) dari Datuk Sudin (Mark Adam) yang suka bercakap lebih daripada bekerja terpaksalah Nasar hadapi semuanya. 

 Kalau masalah hotel tak cukup memeningkan kepala, Nasar pulak terperangkap dalam cinta tiga segi yang tak dirancang. Antara Farida (Riena Diana) yang hot tapi garang, dan Haiza (Wanie Ooi) yang manis tapi penuh kejutan. Hidup Nasar berubah macam episod reality show, penuh dengan drama, jeritan, dan mungkin… cinta? Lepas tu, macam tak cukup chaos, tiba-tiba ada je bekas isteri (Jannah) yang datang nak "sambung cerita lama". Ada pulak bomoh moden yang datang buat "cleansing hotel". Itu tak masuk lagi tetamu-tetamu pelik yang muncul entah dari mana, dan oh ya  tak lupa  wasiat misteri yang bakal menentukan jodoh sebenar Farida! 

Fuh! memang haru...

Dengan hati yang belum pulih, cinta yang datang tak dijemput, dan hotel yang mungkin berhantu, mampukah Nasar kekal waras dan profesional? Atau... dia pun akan jadi “pengunjung tetap” di bilik terapi? Jangan lepaskan 'Boleh Saya Bantu 2,' drama penuh gelak tawa, cinta, dan sedikit gila-gila. Sebab kadang-kadang, bantu orang lain itu mudah… tapi bantu diri sendiri? Hah, itu yang paling susah! 

 Musim terbaharu drama komedi romantik yang dinanti-nantikan, Boleh Saya Bantu? 2 kembali dengan plot yang lebih mencuit hati, lebih dramatik dan tentunya lebih gila-gila! Selepas kejayaan musim pertama, kisah Nasar kini disambung dengan cabaran baharu yang bukan sahaja menguji emosi, malah membuat penonton tidak kering gusi. Drama ini akan mula ditayangkan pada 8 Ogos 2025, setiap Jumaat dan Sabtu, jam 9 malam, hanya di slot Lestary TV3. Untuk yang tak sabar, anda juga boleh strim episod baharu 24 jam lebih awal di www.tonton.com.my , atau muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play dan App Store. 




 tags: sinopsis boleh saya bantu 2, Lirik Lagu Malaysia, Lirik Malaysia, Lagu Terbaru 2025, , Download lagu, Download lagu mp3, Download lagu tiktok, download lagu malaysia, OST Drama melayu, ost drama terbaru, Carta lagu era, lagu terbaik, drama terbaru, drama melayu tv3, drama melayu best, lagu inggeris, lagu korea, ost jadikan aku bidadari, lagu apt, lagu negaraku, lagu korea, lirik lagu siti nurhaliza, Lagu Patriotik, Lagu Merdeka Malaysia ke -68,

Sinopsis Drama Seadanya Kita

Sinopsis Drama Seadanya Kita. (Kisah Cinta Ibu Tunggal dan penyanyi Rock)


Seadanya Kita mengisahkan perjuangan hati empat jiwa iaitu seorang wanita yang ingin bahagia, seorang lelaki yang ingin menebus kesilapan, seorang pemuda yang sedang belajar mengenal cinta, dan seorang anak kecil yang cuma mahukan keluarga. Bila cinta lama meminta peluang kedua, dan cinta baru mula berputik, mampukah Alani memilih tanpa melukakan sesiapa? Kerana kadangkala, yang paling layak tinggal… bukan yang datang dulu, tapi yang hadir dan tak pernah pergi. 


Watak Drama Seadanya Aku

Alani (Emma Maembong): Seorang ibu tunggal yang tabah, bangkit membina hidup bersama anak lelakinya selepas ditinggalkan suami. Disebalik sifat berdikari dan wajah yang tenang, Alani masih menyimpan luka yang belum sembuh. 


 Iqi (Mikael Noah): Anak kecil Alani yang menjadi kekuatan utama hidupnya. Iqi seorang budak pintar dan penyayang, namun menyimpan kekosongan yang hanya seorang ayah boleh isi. 

 Farouq (Shahz Jaszle): Bekas suami Alani yang menghilang selama lima tahun. Kini dia muncul kembali, menuntut peluang kedua. Kali ini dia membawa bersama janji dan penyesalan yang belum tentu boleh ditebus. 


 Kerol (Mierul Aiman): Penyanyi rock muda yang sedang berjuang melepaskan diri dari bayang-bayang silam. Pertemuan dengan Alani dan Iqi membuka pintu hati yang telah lama tertutup. Tanpa disedari, dia mula menjadi pelindung, teman, dan figura ayah kepada Iqi, peranan yang Alani sendiri belum bersedia untuk benarkan. 



 Bersedia untuk jatuh cinta dengan kisah yang tak dijangka... Viu Malaysia mempersembahkan drama bersiri ke-7 untuk tahun ini — Seadanya Kita (Unexpectedly Yours), sebuah kisah romantik yang bakal menggugat emosi dan menyentuh hati penonton. Diarahkan oleh Feroz Kader, drama 15 episod ini mempersembahkan kisah cinta seorang ibu tunggal yang berjuang demi anak, dan Mierul Aiman sebagai Kerol, penyanyi rock muda yang tidak pernah menyangka akan menemui “rumah” dalam sebuah keluarga kecil. 

 Mulai 7 Ogos 2025. saksikan Seadanya Kita secara eksklusif di Viu, dengan episod baharu setiap Khamis dan Jumaat. Bersiaplah untuk sebuah kisah cinta yang hadir tanpa diduga… tapi mungkin itulah cinta yang paling kita perlukan. “Kadang-kadang… yang paling layak tinggal bukan yang datang dulu, tapi yang datang dan memilih untuk tidak pergi.” 




tags: sinopsis seadanya kita, Lirik Lagu Malaysia, Lirik Malaysia, Lagu Terbaru 2025, , Download lagu, Download lagu mp3, Download lagu tiktok, download lagu malaysia, OST Drama melayu, ost drama terbaru, Carta lagu era, lagu terbaik, drama terbaru, drama melayu tv3, drama melayu best, lagu inggeris, lagu korea, ost jadikan aku bidadari, lagu apt, lagu negaraku, lagu korea, lirik lagu siti nurhaliza, Lagu Patriotik, Lagu Merdeka Malaysia ke -68,

Sinopsis Drama Rumah Tanpa Luka (Astro)

Sinopsis Drama Rumah Tanpa Luka (Astro)



Demi seorang insan bernama Rose Ameena, Nik Kalsum sanggup menjadi asing dalam darah daging sendiri. Dibiar terkapai dalam dunia penuh kelam, hidupnya cuma beralaskan pengorbanan dan air mata. Lalu hadir Ahmad Qiuzi, lelaki yang penuh tenang, berbeza dengan sifat Nik yang garang. Namun pandangan mata Qiuzi yang tersembunyi badai telah menggoncang hati Nik yang keras dan penuh luka. Dia datang seperti ubat, tapi mampukah dia menyembuhkan hati yang sudah lama bernanah? 

 Namun langit tak selamanya cerah. Hadir semula Hayyan, lelaki dari masa silam yang pernah menghunus sembilu paling tajam ke dada Nik. Tujuh tahun berlalu, namun luka itu belum benar-benar kering. 

 “Untuk kali ini saja, tak bolehkah Nik pandang abang dengan cara berbeza?” “Maaf… aku tak menerima tetamu dari masa lalu.”

 Nik terperangkap di antara dua hati. Satu yang hadir membawa harapan, dan satu lagi datang membawa persoalan. Di mana akhirnya sebuah jiwa yang lelah harus berlabuh? Rumah Tanpa Luka bukan sekadar tentang tembok dan atap. Ia tentang rasa untuk pulang ke tempat yang tak lagi menyakitkan. Dan soalnya kini… adakah Nik Kalsum akan pernah temui sebuah rumah yang benar-benar bebas dari luka?

Bersedia untuk dibawa ke dalam dunia penuh emosi dan konflik jiwa...

Rumah Tanpa Luka, adaptasi daripada novel karya Ezza Mysara, bakal menghiasi slot MegaDrama di Astro Ria bermula 1 September, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam.

Diterbitkan oleh Suhan Movies & Trading dan diarahkan oleh Nur Sharif, drama ini menjanjikan kisah yang menyentuh hati, sarat dengan pengorbanan, cinta dan luka masa silam yang menghantui.

Menampilkan gandingan hebat Erysha Emyra, Shukri Yahaya, Nadhir Nasar dan Naura Arissa, Saksikan bagaimana sebuah hati diuji. Antara cinta yang hadir membawa harapan dan masa lalu yang tak mahu pergi.

Jangan lepaskan Rumah Tanpa Luka  kerana tidak semua yang kita panggil "rumah" itu bebas dari derita.



Senarai Sinopsis Dan OST Terbaru :



tags: Sinopsis Drama Rumah Tanpa Luka (Astro), Lirik Lagu Malaysia, Lirik Malaysia, Lagu Terbaru 2025, , Download lagu, Download lagu mp3, Download lagu tiktok, download lagu malaysia, OST Drama melayu, ost drama terbaru, Carta lagu era, lagu terbaik, drama terbaru, drama melayu tv3, drama melayu best, lagu inggeris, lagu korea, ost jadikan aku bidadari, lagu apt, lagu negaraku, lagu korea, lirik lagu siti nurhaliza, Lagu Patriotik, Lagu Merdeka Malaysia ke -68,

Sinopsis Drama Langit Ke Tujuh (TV3)

Sinopsis Drama Langit Ke Tujuh 
Langit Ke Tujuh  ( Bila Syurga Yang Dijanjikan Sebenarnya Neraka Yang Disembunyikan...)



Di sebuah penempatan terpencil yang digelar Tanah Surgo, seorang lelaki bernama Ayah Abdul (Zamarul Hisham) mendirikan sebuah komuniti keagamaan yang kelihatan suci dari luar — tetapi diselubungi agenda gelap dari dalam. Karismanya memikat, ajarannya dipatuhi tanpa soal, dan pengikutnya percaya... dialah jalan menuju Tuhan.

Dia ada tiga isteri yang setia iaitu Kalsom (Nora Danish), Zaynab (Farahdhiya), dan Suhana (Faezah Elai). Ayah Abdul mengawal komuniti itu seperti raja dalam kerajaan kecilnya. Namun segalanya mula berubah apabila Zahara (Chacha Maembong), seorang wanita muda yang polos, terpikat dengan janji manis dan sanggup menjadi isteri keempat.

Namun selepas melangkah masuk ke Tanah Surgo, Zahara menemui sisi sebenar ‘syurga’ itu. Di balik jubah suci dan zikir yang dilantunkan, tersembunyi penyimpangan ajaran dan penganiayaan berselindung di sebalik nama agama. Bila kebenaran menyapa, Zahara mula bangkit. Tekadnya cuma satu: membongkar segalanya, walau nyawanya jadi taruhan.

Di saat yang sama, seorang pemuda bernama Yusuf (Nafiz Muaz) tiba untuk mencari ibunya, Mak Ina (Datuk Fauziah Nawi), yang kini taksub dengan ajaran Ayah Abdul. Namun, semakin lama Yusuf berada di situ, semakin banyak keganjilan yang membuka matanya. Bila kepercayaan menjadi racun, dan ibunya mula hilang arah, Yusuf tahu... dia tak boleh hanya melihat.

Dalam dunia yang dikaburi kabus kepercayaan sesat, siapa akan memilih untuk terus tunduk dan siapa pula berani bangkit demi menyelamatkan jiwa-jiwa yang terperangkap?

“Langit Ke Tujuh” bukan sekadar kisah ajaran sesat tetapi ia juga kisah tentang keberanian melawan kezaliman atas nama agama, dan perjuangan mencari cahaya di tengah kegelapan yang diselindungkan sebagai petunjuk. 
Jangan lupakan saksikan drama ini di TV3 setiap jam 9 malam.




tags: Lirik Lagu Malaysia, Lirik Malaysia, Lagu Terbaru 2025, , Download lagu, Download lagu mp3, Download lagu tiktok, download lagu malaysia, OST Drama melayu, ost drama terbaru, Carta lagu era, lagu terbaik, drama terbaru, drama melayu tv3, drama melayu best, lagu inggeris, lagu korea, ost jadikan aku bidadari, lagu apt, lagu negaraku, lagu korea, lirik lagu siti nurhaliza, Lagu Patriotik, Lagu Merdeka Malaysia ke -68,

Sinopsis Drama Setia Itu Mahal (TV3)

Sinopsis:Drama Setia Itu Mahal (Akasia TV3)
Setia Itu Mahal – Bila Cinta Lama Kembali Mengetuk Pintu Hati...


Dalina (Anna Jobling), seorang pereka fesyen tersohor, memiliki segala yang diimpikan seorang wanita — kerjaya cemerlang, suami penyayang, dan seorang anak perempuan yang menjadi pelita hidupnya. Namun, di sebalik senyuman dan kehidupan sempurna itu, tersembunyi retakan halus yang mula menggoncang rumah tangganya.

Kemunculan semula Tengku Farid (Redza Rosli), cinta pertamanya yang tidak pernah padam, mengubah segalanya. Kini suami kepada Tengku Natasya — wanita berpengaruh dan berkuasa — Farid kembali menuntut cinta yang pernah mereka bina. Dan anehnya... hati Dalina mula bergetar seperti dulu.

Tatkala Dr Hakim (Zahiril Adzim) semakin tenggelam dalam dunia kerjayanya dan tanpa sedar menjauhkan diri, Dalina mula rasa kosong... dan sunyi. Kelembutan Farid, kenangan lama, dan rasa yang tidak pernah mati — semuanya kembali menghantui jiwa.

Puncaknya, apabila anak mereka, Alia, jatuh sakit dan Dr Hakim gagal dihubungi, Dalina terpaksa meminta bantuan lelaki yang masih mencintainya.

Adakah ini sekadar ujian sebuah kesetiaan, atau takdir mahu menyatukan dua hati yang tak pernah benar-benar terpisah? Bila cinta diuji... siapa yang benar-benar setia, dan siapa pula yang sanggup mengorbankan segalanya?

Kerana dalam cinta… SETIA ITU MAHAL.Dibintangi oleh Zahiril Adzim, Anna Jobling, Redza Rosli, Rita Nadira dan ramai lagi, drama ini boleh ditonton di TV3 dalam saluran Akasia pada jam 7 malam setiap Isnin hingga Jumaat.


tags:sinopis drama setia itu mahal, sinospis setia itu mahal, setia itu mahal sinopsis, Lirik Lagu Malaysia, Lirik Malaysia, Lagu Terbaru 2025, , Download lagu, Download lagu mp3, Download lagu tiktok, download lagu malaysia, OST Drama melayu, ost drama terbaru, Carta lagu era, lagu terbaik, drama terbaru, drama melayu tv3, drama melayu best, lagu inggeris, lagu korea, ost jadikan aku bidadari, lagu apt, lagu negaraku, lagu korea, lirik lagu siti nurhaliza, Lagu Patriotik, Lagu Merdeka Malaysia ke -68,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Internet business sales

Donate Car To Charity CALIFORNIA, Online Classes, PHD In Counseling Education, Webex Costs, Register Free Domains,Best social media platforms, Social Media Tools

Cari Apa Saja..

Arkib Blog