Sinopsis Demon Slayer Infinity Castle Movie (2025)
Bahagian 1: Pertempuran Bermula di Istana Infiniti!
Drama semakin memuncak! Selepas berjaya keluar dari perangkap maut yang dipasang oleh Kagaya Ubuyashiki dan menewaskan Tamayo, Muzan Kibutsuji – raja segala syaitan – berundur ke kubu rahsianya yang menggerunkan, Istana Infiniti. Tapi dia tak berhenti di situ... Muzan menggunakan kuasanya untuk memerangkap seluruh Kor Pemburu Syaitan ke dalam istana yang penuh misteri dan bahaya itu!
Pasukan pemburu syaitan kini terpisah dan masing-masing berdepan dengan musuh-musuh hebat. Tapi jangan risau, barisan harapan masih ada! Anak lelaki Kagaya, Kiriya, bersama dua adik kembarnya Kuina dan Kanata, mengambil alih kepimpinan. Dengan bantuan burung gagak Kasugai, mereka cuba memetakan Istana Infiniti dan mengesan kedudukan musuh. Sementara itu, dua bekas Hashira hebat, Tengen Uzui dan Shinjuro Rengoku, kekal bersiap siaga di luar.
Pertarungan epik pun bermula!
Shinobu Kocho vs. Doma
Shinobu akhirnya berdepan dengan Doma, Pangkat Atasan Kedua – pembunuh kakaknya, Kanae. Dia menyerang habis-habisan dengan racun, tapi malangnya Doma semakin kebal. Dalam detik menyedihkan, Shinobu tumpas dan dimakan oleh musuh. Namun semangatnya tak terpadam – adik angkatnya Kanao tiba tepat pada masanya untuk meneruskan perjuangan! Seluruh Kor menerima berita duka itu melalui burung gagak – semangat mereka makin membara!
Zenitsu Agatsuma vs. Kaigaku
Di lokasi lain, Zenitsu berhadapan dengan bekas seniornya Kaigaku, yang kini jadi syaitan dan memegang gelaran Pangkat Atasan Enam! Dihantui rasa marah dan kecewa dengan pengkhianatan Kaigaku, Zenitsu bangkit dan buat kejutan – dia memperkenalkan bentuk ketujuh Pernafasan Guruh yang dicipta sendiri! Serangan kilat yang penuh dendam itu berjaya mengalahkan Kaigaku, sebelum Zenitsu rebah. Dalam keadaan separa sedar, dia 'bertemu' gurunya yang mengaku bangga padanya. Zenitsu akhirnya diselamatkan oleh Yushiro. Hebat, kan?
Nezuko: Perjalanan Menjadi Manusia
Sementara itu, Nezuko memulakan langkah besar – dia minum ubat Tamayo untuk kembali menjadi manusia. Dia kini berada dalam jagaan Sakonji Urokodaki, dan harapan untuk masa depan manusia normal makin bersinar!
Tanjiro & Giyu vs. Akaza
Kini tiba detik paling mendebarkan – Tanjiro dan Giyu Tomioka menentang Akaza, Pangkat Atasan Tiga! Walaupun Giyu mengaktifkan Tanda Hashira, Akaza tetap mendominasi. Tapi Tanjiro tak mudah mengalah! Dengan mengingati gerakan ayahnya dan teknik Inosuke, dia capai tahap luar biasa: Dunia Telus dan Keadaan Tanpa Ego – keupayaan gempak yang membolehkan dia bertarung tanpa emosi dan penuh fokus. Dengan kuasa baru ini, Tanjiro akhirnya menghapuskan Akaza!
Tapi tunggu dulu... Detik itu membuka semula kenangan lama Akaza, atau nama asalnya Hakuji – seorang remaja malang yang kehilangan segalanya, termasuk tunangnya Koyuki. Tragedi demi tragedi menjadikannya syaitan. Namun setelah sedar akan dosanya, Akaza menghancurkan dirinya sendiri untuk menebus kesilapan. Dengan senyuman terakhir kepada Tanjiro, dia disambut semula oleh Koyuki di akhirat. Sebuah pengakhiran yang penuh emosi dan keinsafan!
Tanjiro dan Giyu pengsan selepas pertarungan epik itu, dan kemenangan mereka diumumkan oleh gagak Kasugai. Sorakan semangat berkumandang dalam hati semua pemburu syaitan!
Tapi jangan terlalu gembira...
Musuh masih ada! Kokushibo dan Doma merasai kematian Akaza. Nakime, penjaga istana, mula mengubah-ubah susun atur Istana Infiniti untuk mengelirukan para pemburu. Dan Muzan, dengan penuh keyakinan, memerangkap Tamayo dalam satu kepompong daging ngeri, sambil bersiap sedia untuk menghapuskan semua harapan umat manusia.
Info Mengenai Filem Demon Slayer :
Arahan: Haruo Sotozaki
Skrip : Ufotable
Berdasarkan: Demon Slayer Manga: Kimetsu no Yaiba oleh Koyoharu Gotouge
Tarikh Tayangan: 18 Julai 2025
Durasi: 155 minit
Negara Asal: Jepun
Bahasa: Jepun
Jumlah kutipan: $294.5 juta (Bahagian 1)