Akhirnya Terjawab! Fattah Amin & Amira Othman Sah Bakal Nikah...

Sudah Sah! Fattah Amin & Amira Othman Bakal Nikah 14 September


Spekulasi cinta antara dua bintang terkenal, Fattah Amin dan Amira Othman, akhirnya terlerai dengan penuh manis apabila pasangan ini mengumumkan bahawa mereka bakal disatukan sebagai suami isteri pada 14 September ini.


Pelakon kacak berusia 35 tahun itu mengumumkan berita gembira tersebut dalam suasana penuh kasih dan romantik semasa pelancaran video muzik single baharu Amira dan adiknya, Irfan Haris berjudul Rasa dan Takdir yang berlangsung di Imperial Lexis, di sini, Isnin lalu.

“Dulu kami hanya rakan sekerja, kini bakal jadi rakan sehidup semati. Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan. Saya nekad memperisterikan Amira kerana dia seorang wanita penuh kelembutan, tinggi budi pekerti dan sangat menenangkan hati,” ujar Fattah yang kelihatan tenang namun bersinar bahagia.

Lebih menarik, majlis pernikahan yang diberi nama indah Setulus Takdir: Fattah Amira akan disiarkan secara langsung menerusi Unifi TV pada Ahad ini, jam 9 malam, memberi peluang kepada peminat menyaksikan detik bahagia pasangan ini secara eksklusif.

Amira, 32, yang juga dikenali dengan lagu Hati-Hati, dilihat sebak namun bersyukur kerana akhirnya dapat berkongsi berita istimewa ini secara terbuka. Malah, kehadiran ahli keluarga tersayang, rakan selebriti dan media menjadikan momen pengumuman itu lebih bermakna.

Rasanya seperti beban terangkat dari dada apabila kami dapat berkongsi berita ini. Ia bukan lagi sekadar gosip – ini kenyataan dan takdir yang sangat kami syukuri,” ujar Amira dengan senyuman manis.

Sebelum ini, hubungan mereka menjadi tanda tanya ramai setelah beberapa kali dilihat bersama dalam pelbagai acara dan projek seni. Kini, segala teka-teki terjawab — bukan sekadar cinta lokasi, tetapi cinta sejati yang akan diakhiri dengan lafaz ijab dan kabul.


Posting Terbaru Yang Menarik:


 Ini tags:Fattah Amin Amira Othman kahwin, Lirik Lagu Malaysia, Lirik Malaysia, Lagu Terbaru 2025, , Download lagu, Download lagu mp3, Download lagu tiktok, download lagu malaysia, OST Drama melayu, ost drama terbaru, Carta lagu era, lagu terbaik, drama terbaru, drama melayu tv3, drama melayu best, lagu inggeris, lagu korea, ost jadikan aku bidadari, lagu apt, lagu negaraku, lagu korea, lirik lagu siti nurhaliza, Lagu Patriotik, Lagu Merdeka Malaysia ke -68,

Internet business sales

Donate Car To Charity CALIFORNIA, Online Classes, PHD In Counseling Education, Webex Costs, Register Free Domains,Best social media platforms, Social Media Tools

Cari Apa Saja..

Arkib Blog