Sinopsis Drama Dhia Sofea

 

 Sinopsis Dhia Sofea:


Dhia Sofea (Amyra Rosli) ingin mencari siapakah ibu dan bapa kandungnya selepas mendapat tahu dia hanyalah anak angkat kepada Mak Yam (Norlia Ghani). 

Dua puluh tiga tahun yang lalu seorang wanita yang berkelubung menutup wajah meyerahkan Dhia kepada Mak Yam. Lelaki yang bersama wanita itu memberi RM500 kepada Mak Yam untuk menjaga bayi itu dan mereka berdua tidak pernah kembali selepas itu.

Mak Yam membesarkan Dhia  bersama Din (Syafiq Kyle), seorang lagi anak yatim. Dalam diam-diam Din menyimpan perasaan terhadap Dhia namun dia tidak meluahkan isi hatinya.

Seutas rantai berhuruf M menjadi penghubung dia dengan seorang wanita bernama Lorena (Maria Farida). Semasa tinggal di rumah makciknya, Cik Non (Raja Ema) di Kuala Lumpur, Dhia mencari alasan untuk mendekati Lorena untuk bertanya Lorena tentang loket rantainya.  

Lorena tidak mengaku pada mulanya. Namun dia mula resah kerana tidak mahu kerjaya suaminya, Mahadi (Dato’ Eizlan Yusof) terjejas. Rakan Lorena, Dolly mula merancang sesuatu untuk menghapuskan Dhia bagi menutup rahsia. 
Apakah rahsia yang disimpan oleh Lorena? Apakah hubungannya dengan Dhia? Saksikan drama Dhia Sofea yang bersiaran pada setiap Rabu hingga Khamis jam 10 malam di TV3.

INFO DRAMA

JUDUL  : Dhia Sofea
EPISOD : 15 episod
TARIKH / MASA : 14 Oktober 2015 (Rabu-Khamis, 10.00 malam)
SIARAN : Slot Samarinda TV3
SKRIP : Rashid Sibir / Basri Musa
PENGARAH : Rashid Sibir
TERBITAN : Rashbir Media Sdn Bhd
PELAKON : Amyra Rosli, Fadlan Hazim, Maria Farida, Sharifah Haslinda, Syafiq Kyle, Sasqia Dahuri, Raja Ema, Dato’ Eizlan Yusof, Faye Kusairi, Puteri Octovia, Roy Azman, Norlia Ghani

BARISAN PELAKON:
  • Amyra Rosli sebagai Dhia Sofea
  • Fadlan Hazim sebagai JJ
  • Syafiq Kyle sebagai Din
  • Maria Farida sebagai Lorena
  • Sharifah Haslinda sebagai Dolly
  • Sasqia Dahuri sebagai Tina
  • Raja Ema sebagai Cik Non
  • Dato Eizlan Yusof sebagai Mahadi
  • Faye Kusairi sebagai Dolly
  • Puteri Octovia sebagai Lorena
  • Norlia Ghani sebagai Mak Yam


Pilihan Berkaitan Yang Menarik:




Pilihan Sinopsis Ekstra:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Internet business sales

Donate Car To Charity CALIFORNIA, Online Classes, PHD In Counseling Education, Webex Costs, Register Free Domains,Best social media platforms, Social Media Tools

Cari Apa Saja..

Blog Archive