Fattah Amin Pilih Pelakon Wanita 7 Tahun Lebih Tua

Sherry dan Fattah Tidak Sorok Kisah Cinta

Berbeza dengan ramai artis lain yang cuba menyorok hubungan cinta mereka, namun itu tidak berlaku kepada pelakon lelaki utama drama 'Hello Mr Perfect', Fattah Amin 24 yang tidak lokek berkongsi gambar bersama pasangannya di instagram.
Mengakui hubungan mereka masih baru, wanita bernama Sherry Ibrahim 31 menjelaskan yang dia tertarik dengan Fattah atas kematangan yang ditunjukkan.


Berikut Pendapat Sherry Mengenai Fattah

"Soal hati dan perasaan bukan boleh diukur dengan usia malah saya sendiri tidak pernah menjangkakan akan mengenali lelaki yang jauh lebih muda.

"Saya selesa berkawan dengan Fattah kerana dia seorang yang matang membuatkan hati saya terbuka untuk menerimanya,"

Berkenalan Menerusi Cinta Ibadah.

 

"Ini bukan cinta lokasi kerana kami tidak pernah bertegur sapa kecuali ketika latihan dan apabila ada adegan bersama.

"Namun kami saling berkenalan ketika penggambaran hampir selesai dan ia semakin rapat sejak itu," katanya.

"Sekiranya ada jodoh saya terima tetapi sebagai pihak wanita saya tidak boleh bercakap lanjut mengenai perkara itu memandangkan hubungan kami juga masih baru," ujarnya.

Terlibat Dengan Kempen 'Feel Smooth Feel Confident Nivea'


"Saya berbesar hati dapat menyertai kempen ini yang membawa mesej kesedaran tentang keyakinan dalam diri wanita.

"Pelbagai program telah diatur dan saya cukup teruja untuk bersama-sama menjayakan kempen ini," katanya.


Sherry kini sibuk dengan penggambaran drama bersiri Keluarga Karaoke sebanyak 60 episod untuk siaran Astro Mustika HD yang turut dijayakan oleh pelakon lain seperti Raja Ema, Elyana, Elfaeza Ul-Haq dan Dazrin Kamarudin.

sumber:mstar


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Internet business sales

Donate Car To Charity CALIFORNIA, Online Classes, PHD In Counseling Education, Webex Costs, Register Free Domains,Best social media platforms, Social Media Tools

Cari Apa Saja..

Blog Archive