Isu Hangat Nabila dan Maya Karin Dalam Munafik 2. Apa Penjelasan Syamsul?

Isu Hangat Nabila Huda dan Maya Karin Dalam Munafik 2, Syamsul Yusof Perjelas Keadaan...


Pasti ramai sudah tahu mengenai berita yang pelakon  Nabila Huda bakal digantikan dengan Maya Karin dalam filem  Munafik 2.
Disebabkan perkara itu telah menjadi isu yang hangat diperkatakan maka Pengarah filem itu iaitu Syamsul Yusof sendiri terpaksa menjelas perkara sebenar yang berlaku terutama sebab dikatakan Maya Karin menggantikan watak aktres yang sebelum ini dilakonkan Nabila Huda.

Apa Isu Sebenarnya Dalam Munafik 2? Kenapa Tukar Pelakon?

Berikut penjelasan Syamsul, 33,  mengenai watak Nabila...

"Sebenarnya tiada isu Maya Karin ganti Nabila Huda untuk filem Munafik 2 kerana watak Nabila cuma sekadar cemeo sahaja. Watak dia sudah mati pada filem pertama dan saya bina watak kecil untuk Nabila dalam adegan flashback sahaja.

Apa Pula Watak Maya Karin?

"Maya Karin pula tidak menggantikan Nabila sebaliknya watak baru yang memang kami pilih daripada awal," ujarnya.


Apa Pandangan Syamsul Mengenai Maya? 

"Saya memang sudah lama ingin berkerjasama dengan Maya tetapi tidak ada rezeki dan tidak sangka kali ini dia bersetuju untuk terlibat. Dia juga sebenarnya baharu sahaja menerima tawaran ini.

Cabaran saya ialah menjadikan karakter dia lain daripada watak-watak seram yang pernah dilakonkan sebelum ini," ujarnya.


Benarkah Aktres Terkenal Indonesia Turut Terlibat? Siapa dia?

Pelakon Indonesia popular itu ialah Luna Maya yang berkemungkinan terlibat dalam filem tersebut.

"Insya-Allah Luna Maya akan terlibat juga dalam filem ini tapi watak dia tidak terlalu banyak cuma beberapa babak sahaja.

"Saya sudah cuba untuk merisik beberapa pelakon Indonesia lain tapi mereka kurang berminat kerana watak jahat dan tidak besar," ujarnya.

Selain Maya Karin, filem Munafik 2 akan turut membariskan pelakon lain saperti Nasir Bilal Khan, Mawi, Fauzi Nawawi, Fizz Fairuz, Ku Faridah dan Datuk Rahim Razali.

sumber : mstar

Pilihan Berita Hiburan Menarik Yang Berkaitan:


tags:Isu Hangat Nabila dan Maya Karin Dalam Munafik 2, berita hiburan, filem munafik 2
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Internet business sales

Donate Car To Charity CALIFORNIA, Online Classes, PHD In Counseling Education, Webex Costs, Register Free Domains,Best social media platforms, Social Media Tools

Cari Apa Saja..

Blog Archive