Aiman Tino Dapat Hadiah Kereta RM1 Juta

Siapa Hadiahkan Kereta Mewah Kepada Aiman?


Inilah namanya kalau dah tuah badan dan sudah rezeki... Dalam usia muda seawal 19 tahun penyanyi yang terkenal dengan nama glamor Aiman Tino atau nama sebenarnya Mohd Aiman Yusri kini boleh tersenyum lebar tatkala menerima hadiah sebuah kereta mewah iaitu Audi R8 yang bernilai hampir RM1 juta.

Persoalannya siapa pula yang baik hati hadiahkan kereta mewah ini? Ada apa-apa ke?

 Sebenarnya kereta mewah bernilai hampir 1 juta ringgit ini diterima Aiman Tino bersempena pelancaran produk kecantikan keluarannya iaitu Sweet Aiman. Maksudnya Aiman menjadi duta untuk produk syarikat itulah... Kenderaan mewah itu dihadiahkan oleh Pengarah Urusan Wonder Glow Cosmetics (M) Sdn Bhd, Datuk Ryzal Jamaludin yang juga rakan strategiknya dalam menghasilkan produk itu.


Apa Perasaan Aiman Dapat Kereta Mewah?


"Alhamdulillah saya sendiri tidak menyangka akan mendapat sebuah kereta dan pemandu peribadi.

"Saya anggap ini sebagai satu rezeki dan pemangkin semangat untuk saya berusaha lebih keras dalam mempromosikan produk saya nanti," katanya kepada mStar Online.



Dah Ada Kereta Sendiri. Bila Aiman Nak Ambil Lesen Memandu?

"Siapa tak gembira dapat kereta tetapi malangnya saya masih belum ada lesen memandu dan akan cuba mendapatkanya jika ada masa terluang.

"Dapatlah nanti saya memandu sendiri kereta itu tanpa perlu menggunakan khidmat pemandu peribadi," jelasnya.

Apa Produk Yang Aiman Jual?

"Sweet Aiman adalah produk untuk peminat dan pengguna wanita sebenarnya tetapi ia juga boleh digunakan oleh lelaki yang ingin mendapat kulit yang lebih cantik dan putih.

"Saya yakin produk ini akan disukai oleh pelanggan kerana selain harga berpatutan ia juga memberi kesan yang positif kepada pemakai.

"Perkara-perkara seperti ini yang saya ambil kira sebelum bersetuju menjalinkan kerjasama," ujarnya.

Tiga produk keluaran pertama penyanyi ini terdiri daripada 3D Cream DD Mineral Cushion, Candy Cherry Bite dan Cherry Brite HD.

Kenapa Pihak Penaja Hadiahkan Kereta Mewah?


Berikut jawapan wakil syarikat yang menaja Aiman.

"Dia masih muda dan saya nampak semangat dan wawasannya bukan sahaja dalam bidang perniagaan tetapi karier seninya.

"Kereta itu adalah setimpal dengan apa yang telah diusahakan dan saya ingin menaikkan semangatnya," katanya.

Ini Dia Rupa Kereta Mewah Aiman Tino  Mencecah RM1 Juta..
Pilihan Berita Hiburan Menarik Yang Berkaitan:

tags:Berita hiburan, Aiman Tino Dapat Hadiah Kereta RM1 Juta
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Internet business sales

Donate Car To Charity CALIFORNIA, Online Classes, PHD In Counseling Education, Webex Costs, Register Free Domains,Best social media platforms, Social Media Tools

Cari Apa Saja..

Blog Archive