Sinopsis Duda Terlajak Laris

Sinopsis Drama Duda Terlajak Laris (Akasia TV3)


Anda pasti  biasa disajikan dengan drama gadis dipaksa berkahwin, bukan? Namun kisah kali ini ada kelainannya. Ini kerana ia mengetengahkan isu lelaki yang dipaksa berkahwin pula...

Drama Duda Terlajak Laris membawa kita melayari kisah suka-duka seorang jejaka bernama Zafran Aldrin (Zack) yang terpaksa bernikah dalam usia muda disebabkan diperangkap dalam satu insiden yang tidak diduga.

Rentetan satu kejadian menukar sebiji mentol, Zack terpaksa berkahwin dengan gadis yang tidak disukainya.

Selepas saja berkahwin, Zack nekad membuat keputusan  untuk melarikan diri ke Australia dan tinggal bersama kakaknya. Di sana Zack mengambil keputusan untuk menyambung pelajaran dan telah menceraikan isterinya Pehah dengan talak satu.

Dua tahun kemudian, Zack kembali ke Malaysia apabila mendapat berita pemergian Tok Ayahnya.

Ibu Zack mendesak Zack berkahwin semula. Setelah  beberapa kali putus tunang, sehingga membuatkan ibu Zack mulai putus asa akhirnya dia ditunangkan dengan Idayu.

Waktu inilah munculnya Anis Nabihah, gadis yang mengingatkan Zack kepada bekas isterinya Peah. Sewaktu Zack mula merapati Anis dia telah membuatkan Idayu cemburu. Idayu terlibat dalam satu kemalangan jalan raya lalu meninggal dunia.

Pada satu hari Zack telah pergi mendapat rawatan di sebuah klinik pergigian kerana sakit gigi. Di situ dia dirawat seorang doktor gigi bernama Inas. Zack merasakan ada sesuatu yang pelik pada diri doktor berpurdah itu. Dan dalam masa yang sama dia turut menyukai Inas.

Apakah kesudahan kisah Zack? Dapatkah Zack mencari pengganti Peah?

Untuk tahu lebih lanjut kisah Drama Duda Terlajak Laris, jangan ketinggalan saksikan drama ini bermula pada 11 April setiap Isnin hingga Khamis, 7.00 malam di TV3.

Semoga terhibur:)




Info Duda Terlajak Laris:
  
Nota:Drama Duda Terlajak Laris merupakan drama  terbaru di slot Akasia TV3 yang bakal menggantikan drama popular 'Tundukkan Playboy Itu'. Drama ini merupakan adaptasi dari novel karya Aifa Batrisya dan diterbitkan Primeworks Studio Sdn Bhd di bawah arahan  Fairuz Loy Skrip dikarang oleh Shuhadatul Ain Zakaria.

'Duda terlajak laris' dibarisi pelakon seperti Idris Khan, Zara Zya, Bella Nazari,Wawa Zainal, Ikhlas Jalil, Anis Al Idrus dan ramai lagi. Saksikan drama bersiri Duda Terlajak Laris bermula 11 April nanti pada setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 7.00 malam di TV3 yang bersiaran sebanyak 26 episod.





Pilihan Berkaitan Duda Terlajak Laris:




Pilihan Ekstra:


tags: Sinopsis Duda Terlajak Laris, Lagu Baru, Lagu Terbaru, mp3 baru, video baru, ost baru, sinopsis, ost tundukkan playboy itu, ost boboiboy the movie, ost inikah cinta, ost cinta hati abah, ost married tapi benci, ost cinta 100 kg, ost menongkah kasih, drama baru, lagu baru 2016, lagu baru Mac 2016, carta lagu era, carta lagu hot fm, lirik baru

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Internet business sales

Donate Car To Charity CALIFORNIA, Online Classes, PHD In Counseling Education, Webex Costs, Register Free Domains,Best social media platforms, Social Media Tools

Cari Apa Saja..

Blog Archive