Uqasha Dakwa Ditengking, Dimaki, Ditolak dan Dipukul...

Uqasaha Dakwa Jadi Mangsa Penderaan Selama 4 Tahun



Dunia hiburan tempatan dikejutkan dengan pendedahan mengejutkan oleh pelakon popular, Uqasha Senrose, apabila beliau mendakwa menjadi mangsa keganasan rumah tangga selama empat tahun, termasuk ketika sedang sarat mengandung.Dalam nada sebak dan berlinangan air mata, Uqasha, 33, mendakwa kehidupannya sebagai isteri dipenuhi ketakutan, penderaan mental dan fizikal, akibat sikap suami yang dikatakan baran serta tidak boleh ditegur.

“Selama empat tahun saya didera mental dan emosi. Masa mengandung pun saya dipukul. Saya hidup dalam ketakutan,” luahnya dengan suara terketar. Menurut Uqasha, penderaan itu bukan berlaku sekali, tetapi berterusan — termasuk ditengking, dimaki, ditolak dan dipukul, malah berlarutan walaupun mereka sudah dikurniakan cahaya mata.

Lebih menyedihkan, Uqasha mendakwa suasana rumah tangga yang tidak terurus serta kehadiran rakan lelaki suami yang kerap keluar masuk rumah menyebabkan dirinya dan anak hilang privasi dan rasa selamat.

“Rumah seperti rumah orang bujang. Saya dan anak langsung tiada ruang sendiri,” katanya.Walaupun memiliki bukti dalam bentuk gambar dan video, Uqasha memilih untuk tidak mendedahkannya kepada umum demi menjaga aib suami dan kerana kedua-duanya merupakan figura dikenali.

Namun, katanya, seorang wanita tidak akan memilih untuk menuntut perceraian tanpa alasan kukuh.
  “Saya buat keputusan ini demi kesihatan mental anak saya. Dia membesar melihat saya ditengking sejak kecil,” jelasnya. Cubaan mendapatkan bantuan keluarga mentua juga didakwa tidak berhasil apabila beliau hanya diminta untuk terus bersabar. Sementara itu, peguam yang mewakili Uqasha mengesahkan empat laporan polis telah dibuat, tiga oleh Uqasha sendiri dan satu oleh ibunya, melibatkan dakwaan penderaan fizikal serta emosi.

Kes ini kini diserahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk siasatan lanjut dan akan diteruskan melalui saluran undang-undang. Isu ini bukan sahaja menggemparkan dunia hiburan, malah sekali lagi membuka mata masyarakat tentang realiti keganasan rumah tangga, termasuk yang berlaku di sebalik kehidupan glamor selebriti.

tags: Lirik Lagu Malaysia, Lirik Malaysia, Lagu Terbaru 2025, , Download lagu, Download lagu mp3, Download lagu tiktok, download lagu malaysia, OST Drama melayu, ost drama terbaru, Carta lagu era, lagu terbaik, drama terbaru, drama melayu tv3, drama melayu best, lagu inggeris, lagu korea, ost jadikan aku bidadari, lagu apt, lagu negaraku, lagu korea, lirik lagu siti nurhaliza, Lagu Patriotik, Lagu Merdeka Malaysia ke -68,

Internet business sales

Donate Car To Charity CALIFORNIA, Online Classes, PHD In Counseling Education, Webex Costs, Register Free Domains,Best social media platforms, Social Media Tools

Cari Apa Saja..

Arkib Blog