Filem Papa Zola Kuasai Pawagam
Filem animasi tempatan Papa Zola The Movie, arahan Nizam Razak, mencatat kejayaan membanggakan apabila berjaya menduduki tangga pertama carta Top 10 pawagam tempatan, sekali gus mengatasi filem-filem antarabangsa popular seperti Avatar: Fire And Ash, Zootopia 2 dan Five Nights At Freddy’s 2.
Diterbitkan oleh MONSTA dengan kerjasama Astro Shaw, karya ini menerima pujian ramai kerana berjaya mengetengahkan nilai kekeluargaan serta tanggungjawab seorang bapa dalam kehidupan seharian, sekali gus merapatkan jurang antara dunia animasi dan realiti kehidupan sebenar.
Sarat dengan mesej kekeluargaan dan pengorbanan seorang ayah, Papa Zola The Movie mendapat sambutan positif daripada penonton pelbagai lapisan umur. Bukan sahaja sesuai untuk kanak-kanak, animasi ini turut menyentuh emosi golongan dewasa, menjadikannya sebuah naskhah keluarga yang bermakna dan penuh pengajaran.
Senarai Sinopsis Terbaru + Popular 2025:
- Sinopsis Filem Papa Zola The Movie (Baru!)
- Sinopsis Filem Kpop Demon Hunters (2025)(baru!)
- Sinopsis Filem Jurassic Rebirth (2025) (baru!)
- Sinopsis Filem Demon Slayer Infinity Castle (Baru!)
- Sinopsis Filem Duyung Legenda Aurora (Baru!)
- Sinopsis Filem Ejen Ali The Movie 2
- Senarai PENUH Sinopsis Drama, Filem 2025(klik sini!)
