Vida akhirnya meminta maaf dan mengaku hanya strategi
Berikut kata-kata Dato' Vida mengenai komen pedasnya terhadap golongan yang mengangkat bendera putih meminta bantuan.
"Saya cakap begitu supaya orang sedar. Semua orang ada anak, ada keluarga... saya pun ada.
"Ingat saya ni tak ada belas kasihan? Ingat saya ni orang kaya sombong dan bongkak yang tak ada belas kasihan kepada orang yang meminta? Jawapannya tentulah tidak.
"Bila orang mula terasa supaya mereka terus bergerak ke arah positif, kita kena usaha usaha sampai berjaya," katanya kepada Mstar.
"Takkan la saya boleh bagi apabila ada orang minta diaper dan susu? Saya boleh berii apa yang diminta.
"Saya boleh bagi diapers sampai 10 pek ... tapi hanya boleh tahan dua atau tiga bulan.
"Saya tak bermaksud untuk menyakitkan hati anda. Tolong sampaikan kepada mereka yang terasa dengan kata-kata saya itu, niat saya satu... kerana Allah.
"Tak ada niat saya untuk riak walau sebesar zarah sekalipun dan tiada niat untuk menyombong."