ANDA SUKA Post/LAGU Ini? Kongsi dengan rakan :)






OST Meh Sandar Pada Aku (Dahlia TV3)

OST Meh Sandar Pada Aku (Dahlia TV3)




 
Nota: Mira Filzah, pelakon wanita comel yang popular dengan drama  "Cinta Si Wedding Planner" selepas ini akan bergandingan dengan pelakon baru Redza Rosli dan penyanyi Aliff Aziz dalam drama baru berjudul "Meh, Sandar Pada Aku!".

Drama yang diadaptasi daripada Novel Meh Sandarkan Pada Aku hasil karya Aifa Batrisya , terbitan Karya Seni  ini akan disiarkan di slot Dahlia  TV3 tak lama lagi.

Drama terbaru adaptasi novel Meh Sandar Pada Aku karya Aifa Batrisya bakal menemui penonton di slot Dahlia TV3. Drama ini diarahkan oleh Emi Suffian. Nantikan kemunculann mereka di TV3.

Jangan lupa bookmark page / blog ini untuk info dapatkan terkini. Enjoy:)

Info Meh Sandar Pada Aku!
Judul Drama : MEH, SANDAR PADA AKU!
EPISOD : 13 episod
TARIKH / MASA : 2016
SIARAN : Slot Dahlia TV3
NOVELIS : Aifa Batrisya
PENULIS SKRIP : Marr Mohammad
PENGARAH : Emi Suffian
PENERBIT : Zeel Production Sdn Bhd
PELAKON : Aliff Aziz, Mira Filzah, Asyraf Aley, Aidit Noh, Jaja Illiyes, Badrul Muhayat, Fiza, Nada, Aishah Ilias, Redza Rosli

Sinopsis Meh Sandar Pada Aku!

Afnan Tasneem lakonan Mira Filzah, merupakan seorang gadis yang ceria dan agak lurus bendul . Dia sedang menjalani praktikal di sebuah pusat penyelidikan. Disana dia bertemu dengan penyelia bernama Dr Syed Nadzhan lakonan Aliff Aziz.
Dr Syed Nadzhan seorang yang sombong dan dingin, Akibat kegagalan rumah tangga ibu dan bapanya pula dia menjadi seorang lelaki yang penyendiri dan menjauhi perempuan. Dia mengganggap perempuan menyusahkan hidupnya.  Namun selepas kehadiran Afnan Tasneem sebagai budak praktikal dibawah seliaannya hidup Dr Syed Nadzhan menjadi kucar-kacir. Pada mulanya dia sering membuli pelajar itu namun lama kelamaan perasaannya terhadap gadis itu mula berubah.
Bermula kisah cinta tiga segi pabila muncul Adam Naufal yang sering mempertahankan Afnan hingga membuat gadis itu jatuh hati. Namun hakikatnya Adam Naufal tidak cintakan Afnan. Dia hanya mendekati gadis itu kerana simpati.

Apa terjadi seterusnya? Adakah Afnan akan bersama Dr Syed atau Adam Naufal di akhirnya? Ikuti drama menarik ini yang bakal bersiaran di slot Dahlia setiap Jumaat hingga Ahad jam 7 petang.

Berikut Lagu Tema OST Drama Meh Sandar Pada Aku:

Video Meh Sandar Pada Aku










    Senarai Sinopsis Drama/ Filem Popular  (Hot!):


       
      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

      POS TERBARU SEKARANG!