Sinopsis Filem Rock Bro (2016)

Sinopsis Filem Rock Bro (2016)

Anda Peminat muzik rock? Terutama rock kapak yang pernah menggegar tanahair sekitar tahun 1980 an hingga 1990an? Kalau ya, inilah filem yang tepat untuk anda mengimbau kembali kenangan zaman kegemilangan Rock yang pernah melanda negara satu masa dahulu. Lebih baik lagi sekiranya anda pernah menonton filem sekuel sebelum ini iaitu  Rock Oo(2013) dan filem pertama Rock(2005) yang mendapat sambutan amat menggalakkan. Ini kerana lebih mudah anda memahami jalan cerita dan watak-wataknya. Namun begitu bagi penonton baru juga pasti terhibur dengan jalan ceritanya yang lucu dan menarik.

Filem Rock Bro dilihat menerusi perspektif Jijoe dan memaparkan kisah kehidupan anggota kumpulan Rimba Bara yang telah berpecah dan mahu bersatu semula kerana ingin terus gah dalam persada muzik tanah air.

Mereka hadapi cabaran berat kerana waktu itu genre muzik rock berdepan zaman kejatuhan dengan kemasukan aliran muzik rap dan hip hop pada awal 90-an.


Rimba Bara yang sudah lama tidak membuat persembahan menghadapi banyak liku dalam perjuangan mereka. Demi menyara hidup mereka melakukan kerja sambilan dengan menjayakan gig di tapak ekspo tani. Paling mengecewakan pabila Zul Kapan menyertai kumpulan rap 4URU.

Semasa Rimba Bara gigih meneruskan perjuangan, Jijoe pula jatuh cinta dengan Ratu Rock negara, Ella. Oleh kerana cintanya, Jijoe sanggup meninggalkan kehidupannya sebagai rockers dan menjadi kontraktor kelas F. Akibatnya Rimba Bara semakin lemah dan timbul konflik antara mereka.

Apa terjadi seterusnya? Untuk tahu lebih lanjut ikuti kisah  Rimba Bara dan dunia rocknya dalam Filem Rock Bro yang sedang hangat di pawagam. Filem ini telah pun memulakan tayangan pada 27 Oktober 2016.

Filem  ini terbitan bersama Grand Brilliance dan Enjit Semut Sdn Bhd dan ia akan menjengah pawagam seluruh negara pd hujung 2016. Antara pelakon utama Rock Bro ialah seperti Khir Rahman dan Pekin, selain  Sofi Jikan, Azmi Black, Kamarool Yusoff, Shawarni, Amy Juliet dan Juliana Iskandar. Kalau anda peminat muzik rock, memang rugi tak tonton...

OST LAGU TEMA ROCK BRO


Pilihan Ekstra:


tags:Sinopsis Filem Rock Bro (2016), OST Rock Bro, filem rock bro, pelakon filem rock bro, lagu tema rock bro, sountrack Rock Bro, Lagu Malaysia, Lagu Raya, Lagu terkini,Download lagu terbaru, Lagu Upin Ipin, Lagu Boboiboy, Ola Bola, Lagu One direction, lagu Lady Gaga, lirik lagu perfect illusion,Fasha Sandha, Nora Danish, Mira Filzah, Amyra Rosli, Lagu Baru, Lagu Terbaru, Drama Korea, Lagu baru 2016, Lagu terbaru 2016, Download Lagu Gratis, Lagu Terbaru 2016, Siti Nurhaliza, Lagu Siti Nurhaliza, Lagu taylor Swift, Lagu Love Yourself, Lirik Lagu Love yourself, mp3 Download, Download lagu,Lagu Korea,Lagu Melayu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Internet business sales

Donate Car To Charity CALIFORNIA, Online Classes, PHD In Counseling Education, Webex Costs, Register Free Domains,Best social media platforms, Social Media Tools

Cari Apa Saja..

Blog Archive