Sinopsis Drama Cinta Roller Coaster

Sinopsis Drama Cinta Roller Coaster

SINOPSIS CINTA ROLLER COASTER:


CINTA ROLLER COASTER mengisahkan tentang kisah cinta antara Syakir(Syazwan Zulkifly), anak tunggal yang berasal daripada sebuah keluarga yang penyayang.dan Ziany (Puteri Aishah), anak yatim piatu yang dijaga oleh neneknya. Sejak dari bangku sekolah lagi cinta mereka telah  berputik malah lebih indah cinta itu mendapat restu kedua-dua orang tua mereka.

Kegembiraan mereka berterusan sehingga mereka menjejakkan kaki ke jinjang pelamin pada usia muda. Di sini bermula pergolakan dalam hidup mereka. Setelah tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mereka berdua belajar ke sebuah universiti tempatan yang sama. Pada waktu ini Ziany mula hamil dan sering tidak hadir ke kuliah. Ziany juga menghidap satu alahan yang teruk ketika waktu hamil itu hingga sikapnya terhadap Syakir mula dingin. Mereka mendapat cahaya mata yang dinamakan Zara. Kemunculan Muzzamil, lelaki yang jauh lebih kacak berbanding suaminya  mengganggu hidup mereka.

Tidak tahan asyik bergaduh,  mereka akhirnya bercerai.  Namun perkara itu tidak berani didedahkan kepada keluarga mereka . Selama lima tahun mereka tinggal bersebelahan rumah masing-masing. Apakah berlaku akhirnya? Apakah reaksi keluarga mereka pabila tahu tentang perceraian itu?

Apakah kesudahan kisah percintaan Shakir dan Ziany? Ini kerana di sebalik hubungan dingin antara mereka, mereka sebenar masih cinta antara sama lain. Saksikan Cinta Roller Coaster setiap hari Jumaat hingga Ahad jam 7petang di TV3.


INFO CINTA ROLLER COASTER:

  • JUDUL : Cinta Roller Coaster
  • EPISOD : 20 episod
  • TARIKH TAYANGAN : 26 November 2016
  • HARI / MASA : Jumaat-Ahad, 6.58 petang
  • SIARAN : Slot Dahlia TV3
  • SKRIP : Yus Paul & Izan Aris
  • PENGARAH : Amor Rizan
  • PENERBIT : Suhan Movies & Trading Sdn Bhd
  • PELAKON : Syazwan Zulkifly, Puteri Aishah, Arissa Afrina, Nadzmi Adhwa, Nas Muammar Zar, Natasha Elyzza, Julia Farhana, Ruminah Sidek, Eyra Hazali, Rashid Jaafar, Hashimah Zaki, Azlan Mokhtar, Syafiq M. Nazri, Natasya Mahyan, Halimah Naim, Haneesya Hanee, Nur Qaireen Medyna, Haszriq Syakirin


PILIHAN BERKAITAN CINTA ROLLER COASTER:




tags:Sinopsis Drama Cinta Roller Coaster, Puteri Aishah, Syazwan Zulkifly, Pelakon Cinta Roller Coaster, Ziany,  Syakir
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Internet business sales

Donate Car To Charity CALIFORNIA, Online Classes, PHD In Counseling Education, Webex Costs, Register Free Domains,Best social media platforms, Social Media Tools

Cari Apa Saja..

Blog Archive