Sinopsis Seoul Cinta (TV3)

Sinopsis Seoul Cinta

Cinta sejati kadang-kadang tersembunyi di tempat yang tak disangka. Daniel Khalil (Fitri Farok) merupakan usahawan muda yang berjaya, tampan dan berprinsip tinggi soal cinta. Dia percaya bahawa hanya wanita sempurna layak berada di sisinya. Namun, di sebalik keyakinannya itu, dia tanpa sedar jatuh hati pada pesona seorang pempengaruh masakan yang dikenali sebagai Kiki, wanita misteri yang sering menjadi inspirasinya.

Hakikatnya, Kiki ialah Azra (Siti Khadijah Halim)  hanya gadis sederhana yang bekerja di hotel kucing dan hidup penuh kasih bersama kucing kesayangannya. Azra memilih untuk menyembunyikan identiti sebenarnya, bimbang dirinya tidak cukup sempurna untuk lelaki seperti Daniel.



Segalanya menjadi rumit apabila Daniel mula rapat dengan Raisha (Cahaya Nilam), selebriti glamor yang penuh gaya tetapi sarat dengan sikap diva. Dalam masa yang sama, Azra pula didesak menerima lamaran Lukman (Muaz Zabir), lelaki baik yang telah lama memendam rasa terhadapnya.

Pertemuan tak terduga di Seoul mengubah segalanya. Rahsia terbongkar, hati diuji, dan cinta mula mencari maknanya yang sebenar.

Mampukah Daniel melihat bahawa kesempurnaan bukan terletak pada rupa atau status, tetapi pada keikhlasan hati yang benar-benar mencintai?

“Seoul Cinta” merupakan sebuah kisah tentang cinta, keberanian, dan penemuan diri di kota yang menyimpan seribu kenangan.


Saksikan drama hebat  Seoul Cinta bermula 31 Oktober 2025, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam di slot Akasia TV3. Penonton juga boleh strim episod baharu 24 jam lebih awal di www.tonton.com.my.




 tags: Sinopsis Seoul Cinta, Lirik Lagu Malaysia, Lirik Malaysia, Lagu Terbaru 2025, , Download lagu, Download lagu mp3, Download lagu tiktok, download lagu malaysia, OST Drama melayu, ost drama terbaru, Carta lagu era, lagu terbaik, drama terbaru, drama melayu tv3, drama melayu best, lagu inggeris, lagu korea, ost jadikan aku bidadari, lagu apt, lagu negaraku, lagu korea, lirik lagu siti nurhaliza, Lagu Patriotik, Lagu Merdeka Malaysia ke -68,

Internet business sales

Donate Car To Charity CALIFORNIA, Online Classes, PHD In Counseling Education, Webex Costs, Register Free Domains,Best social media platforms, Social Media Tools

Cari Apa Saja..

Arkib Blog