Dimaklumkan sebelum ini yang keadaan Nad Zainal sudah mula beransur pulih. Dia dikatakan telah sedarkan diri dan tidak lagi menggunakan alat bantuan pernafasan
Namun begitu, berikutan paru-parunya yang masih belum cukup kuat untuk bernafas sendiri, dia dikhabarkan telah kembali menjalani proses intubasi atau ditidurkan. Paras oksigennya dikatakan agak merosot sebelum itu.
Ketika ini Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin masih menjalani rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ampang Puteri.
Dia dimasukkan di hospital tersebut pada 20 November lalu kerana mendapat jangkitan kuman pada paru-paru.
tags: berita hiburan, Nad Zainal di ICU, Nad Zainal ditidurkan