Seadanya Kita mengisahkan perjuangan hati empat jiwa iaitu seorang wanita yang ingin bahagia, seorang lelaki yang ingin menebus kesilapan, seorang pemuda yang sedang belajar mengenal cinta, dan seorang anak kecil yang cuma mahukan keluarga.
Bila cinta lama meminta peluang kedua, dan cinta baru mula berputik, mampukah Alani memilih tanpa melukakan sesiapa?
Kerana kadangkala, yang paling layak tinggal… bukan yang datang dulu, tapi yang hadir dan tak pernah pergi.
Watak Drama Seadanya Aku
Alani (Emma Maembong):
Seorang ibu tunggal yang tabah, bangkit membina hidup bersama anak lelakinya selepas ditinggalkan suami. Disebalik sifat berdikari dan wajah yang tenang, Alani masih menyimpan luka yang belum sembuh.
Iqi (Mikael Noah):
Anak kecil Alani yang menjadi kekuatan utama hidupnya. Iqi seorang budak pintar dan penyayang, namun menyimpan kekosongan yang hanya seorang ayah boleh isi.
Farouq (Shahz Jaszle):
Bekas suami Alani yang menghilang selama lima tahun. Kini dia muncul kembali, menuntut peluang kedua. Kali ini dia membawa bersama janji dan penyesalan yang belum tentu boleh ditebus.
Kerol (Mierul Aiman):
Penyanyi rock muda yang sedang berjuang melepaskan diri dari bayang-bayang silam. Pertemuan dengan Alani dan Iqi membuka pintu hati yang telah lama tertutup. Tanpa disedari, dia mula menjadi pelindung, teman, dan figura ayah kepada Iqi, peranan yang Alani sendiri belum bersedia untuk benarkan.
Bersedia untuk jatuh cinta dengan kisah yang tak dijangka...
Viu Malaysia mempersembahkan drama bersiri ke-7 untuk tahun ini — Seadanya Kita sebuah kisah romantik yang bakal menggugat emosi dan menyentuh hati penonton.
Diarahkan oleh Feroz Kader, drama 15 episod ini mempersembahkan kisah cinta seorang ibu tunggal yang berjuang demi anak, dan Mierul Aiman sebagai Kerol, penyanyi rock muda yang tidak pernah menyangka akan menemui “rumah” dalam sebuah keluarga kecil.
Mulai 7 Ogos 2025. saksikan Seadanya Kita secara eksklusif di Viu, dengan episod baharu setiap Khamis dan Jumaat. Bersiaplah untuk sebuah kisah cinta yang hadir tanpa diduga… tapi mungkin itulah cinta yang paling kita perlukan.
“Kadang-kadang… yang paling layak tinggal bukan yang datang dulu, tapi yang datang dan memilih untuk tidak pergi.”
Senarai OST Seadanya Kita :
P/S: Untuk Dapatkan update lagu OST , Sinopsis Drama dan filem yang baru dipost, sila bookmark 'page 'lagulagumalaysia.blogspot.com' dan follow facebook kami. Terima Kasih. Semoga Terhibur:)
Senarai OST + Sinopsis Drama Terbaru:
- Sinopsis Drama Hospital Loveline (baru!)
- OST Drama Hospital Loveline (baru!)
- Sinopsis + OST Filem Kpop Demon Hunters (2025)(baru!)
- Sinopsis Filem Jurassic Rebirth (2025) (baru!)
- Sinopsis Filem Demon Slayer Infinity Castle (Baru!)
- Sinopsis + OST Drama Seadanya Kita (baru!)
- Sinopsis + OST Drama Rumah Tanpa Luka (baru!)
- Sinopsis + OST Drama Boleh Saya Bantu 2 (baru!)
- Sinopsis +OST Drama Setia Itu Mahal
- Sinopsis + OST Drama Langit Ke Tujuh
- Sinopsis + OST Filem Ejen Ali The Movie 2
- OST Drama Dia Bukan Ipar Sempurna
- OST Drama Nikmat Hanya Sesaat
- OST Drama Aku Bukan Ustazah 2
- OST Drama Dia Bukan Syurga
- Semua OST, Sinopsis Drama Dan Filem 2025 (Klik sini!)
tags: sinopsis seadanya kita, Lirik Lagu Malaysia, Lirik Malaysia, Lagu Terbaru 2025, , Download lagu, Download lagu mp3, Download lagu tiktok, download lagu malaysia, OST Drama melayu, ost drama terbaru, Carta lagu era, lagu terbaik, drama terbaru, drama melayu tv3, drama melayu best, lagu inggeris, lagu korea, ost jadikan aku bidadari, lagu apt, lagu negaraku, lagu korea, lirik lagu siti nurhaliza, Lagu Patriotik, Lagu Merdeka Malaysia ke -68,