Sinopsis Drama Langit Ke Tujuh
Langit Ke Tujuh ( Bila Syurga Yang Dijanjikan Sebenarnya Neraka Yang Disembunyikan...)
Di sebuah penempatan terpencil yang digelar Tanah Surgo, seorang lelaki bernama Ayah Abdul (Zamarul Hisham) mendirikan sebuah komuniti keagamaan yang kelihatan suci dari luar — tetapi diselubungi agenda gelap dari dalam. Karismanya memikat, ajarannya dipatuhi tanpa soal, dan pengikutnya percaya... dialah jalan menuju Tuhan.
Dia ada tiga isteri yang setia iaitu Kalsom (Nora Danish), Zaynab (Farahdhiya), dan Suhana (Faezah Elai). Ayah Abdul mengawal komuniti itu seperti raja dalam kerajaan kecilnya. Namun segalanya mula berubah apabila Zahara (Chacha Maembong), seorang wanita muda yang polos, terpikat dengan janji manis dan sanggup menjadi isteri keempat.
Namun selepas melangkah masuk ke Tanah Surgo, Zahara menemui sisi sebenar ‘syurga’ itu. Di balik jubah suci dan zikir yang dilantunkan, tersembunyi penyimpangan ajaran dan penganiayaan berselindung di sebalik nama agama. Bila kebenaran menyapa, Zahara mula bangkit. Tekadnya cuma satu: membongkar segalanya, walau nyawanya jadi taruhan.
Di saat yang sama, seorang pemuda bernama Yusuf (Nafiz Muaz) tiba untuk mencari ibunya, Mak Ina (Datuk Fauziah Nawi), yang kini taksub dengan ajaran Ayah Abdul. Namun, semakin lama Yusuf berada di situ, semakin banyak keganjilan yang membuka matanya. Bila kepercayaan menjadi racun, dan ibunya mula hilang arah, Yusuf tahu... dia tak boleh hanya melihat.
Dalam dunia yang dikaburi kabus kepercayaan sesat, siapa akan memilih untuk terus tunduk dan siapa pula berani bangkit demi menyelamatkan jiwa-jiwa yang terperangkap?
“Langit Ke Tujuh” bukan sekadar kisah ajaran sesat tetapi ia juga kisah tentang keberanian melawan kezaliman atas nama agama, dan perjuangan mencari cahaya di tengah kegelapan yang diselindungkan sebagai petunjuk.
Jangan lupakan saksikan drama ini di TV3 setiap jam 9 malam.
Senarai OST Langit Ke Tujuh:
- Lirik Lagu Genggam -Apwriter ft Afif Tirmizi
P/S: Untuk Dapatkan update lagu OST , Sinopsis Drama dan filem yang baru dipost, sila bookmark 'page 'lagulagumalaysia.blogspot.com' dan follow facebook kami. Terima Kasih. Semoga Terhibur:)
Senarai OST + Sinopsis Drama Terbaru:
- Sinopsis Drama Hospital Loveline (baru!)
- OST Drama Hospital Loveline (baru!)
- Sinopsis + OST Filem Kpop Demon Hunters (2025)(baru!)
- Sinopsis Filem Jurassic Rebirth (2025) (baru!)
- Sinopsis Filem Demon Slayer Infinity Castle (Baru!)
- Sinopsis + OST Drama Seadanya Kita (baru!)
- Sinopsis + OST Drama Rumah Tanpa Luka (baru!)
- Sinopsis + OST Drama Boleh Saya Bantu 2 (baru!)
- Sinopsis +OST Drama Setia Itu Mahal
- Sinopsis + OST Drama Langit Ke Tujuh
- Sinopsis + OST Filem Ejen Ali The Movie 2
- OST Drama Dia Bukan Ipar Sempurna
- OST Drama Nikmat Hanya Sesaat
- OST Drama Aku Bukan Ustazah 2
- OST Drama Dia Bukan Syurga
- Semua OST, Sinopsis Drama Dan Filem 2025 (Klik sini!)