Pelajar Korea Selatan Dilarang Dengar Lagu 'APT' Sebab Buat Ketagih
Lagu 'APT' nyanyian Rose BLACKPINK dan Bruno Mars sememangnya sedang menjadi fenomena sehingga hari ini.
Bukan saja kerana berentak upbeat dan ceria, malah lirik lagu tersebut juga mudah dinyanyikan dan jadi siulan orang muda. Disebabkan itu ia telah menjadi popular di seluruh dunia.
Mengikut rekod sehingga kini video klip lagu tersebut telah ditonton lebih 264 juta kali di YouTube dalam tempoh dua minggu ia dipasarkan. Malah lagu anggota Blackpink lain seperti Mantra oleh Jennie hanya mencatat 80 juta.
Namun begitu, tercetus beberapa spekulasi mengenai lagu tersebut. Ada yang berpendapat lagu APT memberi kesan negatif kepada pendengar terutama dalam kalangan pelajar.
APT yang merupakan singkatan daripada perkataan Apartment dilaporkan merupakan salah satu lagu yang dilarang didengar oleh pelajar di Korea Selatan
Ini kerana APT dianggap boleh membuat para pelajar ketagih sekali gus menganggu fokus pelajar.
"APT telah dicap sebagai salah satu lagu yang sukar dilupakan. Para pelajar dan penggemar tidak boleh mengelak mendengar lagu tersebut kerana berasa ia mempunyai tarikan yang sangat melampau sehingga seperti ketagih," katanya.
Selain APT, lagu lain yang dilarang dengar oleh pelajar terutama maha siswa termasuk Next Level milik Aespa, Zimzalabim milik Red Velvet, dan Ring Ding Dong milik SHINee.