(OST Jiwa Yang Kau Puja) Lagu Keliru -Lil J ft Ara

(OST Jiwa Yang Kau Puja) Lagu Keliru -Lil J ft Ara
Lirik Lagu Keliru – Lil J “FEAT” Ara Johari 

Keliru…keliru…
Mengapa dalam terluka aku masih merindu dirimu…dirimu
Apa khabarmu di sana, adakah kau juga merinduku


Terasa berat tanggunganku menatang rindu
Acapkali kau menjelma di dalam fantasiku
Di serambi pilu terdiam membisu
Sedekad yang melewati ku kekal keliru


Bertanya mengapa di mana kau berada
Berserakan soalan bercerana dalam dada
Mengapa kini kau puncanya segala dilema
Mengapa kini kau puncanya ku lena tak lena


Takkan ku lupa detik jeda berlima
Mengharungi dunia ku terharu terkesima
Walaupun seketika kau satunya adiwira
Segenap daya melimpah kasih dan ku terima


Namun begitu segalanya sementara waktu
Menora menjerat ku diperdaya termin lalu
Pilihan digentas tanpa ruang untuk ku rayu
Kesudahannya sayu bila dibayang namamu


Keliru…keliru…
Mengapa dalam terluka aku masih merindu dirimu…dirimu
Apa khabarmu di sana, adakah kau juga merinduku


Teringat dahulu kala kau pernah mengajar
Ku dituntun erti bersabar tika berlapar
Dijadikan iktibar agar tak tersasar
Tak dikasar pun tercalar perih apakah wajar


Sejak detik terpisah tak sekali pun dikisah
Cuma dibalik kaca kau cuba berani singgah
Mencerap tanpa kesah, serta mengunci lidah
Tiada tahniah, tiada hadiah, tiada khabar yang indah


Sanggupkah kau melihat ku terluka
Sendirian tanpa dirimu ku keliru
Ku biarkan pintu hati terbuka
Menantikan kepulanganmu


Keliru…keliru…
Mengapa dalam terluka aku masih merindu dirimu…dirimu
Apa khabarmu di sana, adakah kau juga merinduku


Teratak kita kelam dan sunyi
Masih berpenghuni cuma bagaikan tersembunyi
Pelbagai derita dalam hasrat mencita
Hidup lama gelita tiada lagi yang jelita


Tanpa raja yang disisi mama mengambil posisi
Percayakan intuisi tanpa mengira kondisi
Meski mimpi ditangisi kerap membutakan visi
Apa maksud mithali ku tercari definisi


Darah sama darah takkan dipisahkan
Ku pasti ada yang mahu kau ceritakan
Di bawah neon berkepul berbilion ion
Bergelut cari zion jah beri ku perhatian


Keliru…keliru…
Mengapa dalam terluka aku masih merindu dirimu…dirimu
Apa khabarmu di sana, adakah kau juga merinduku


 tags:(OST Jiwa Yang Kau Puja) Lagu Keliru -Lil J ft Ara, OST Drama melayu, lagu terbaik, tonton drama melayu online, drama melayu online, drama terbaru, drama melayu tv3, drama melayu best, ost Mr Bibik, ost Jiwa yang kau puja, ost The Hotel 2, ost kekasih hati mr bodyguard, ost kampong bharu, ost cerita dalam kain, ost drama tahyul, ost penunggang agam 2, ost hatimu sedingin salju, ost suara hati, ost mek wok, ost sitik tok, ost dear cinta, ost the hotel astro ria,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Internet business sales

Donate Car To Charity CALIFORNIA, Online Classes, PHD In Counseling Education, Webex Costs, Register Free Domains,Best social media platforms, Social Media Tools

Cari Apa Saja..

Arkib Blog