Penyanyi K-Pop Ditemui Mati Bunuh Diri.

Gagal Hadapi Tekanan Mental,  Sulli F(x) Gantung Diri

Sulli yang merupakan pelakon dan bekas anggota kumpulan K-Pop f(x) ditemui mati di kediamannya petang Isnin. Pengurusnya menemui mayat Sulli di tingkat dua kediaman yang terletak di Seongnam, Seoul, Korea setelah gagal menghubunginya.Panggilan telefon terakhir dari Sulli adalah pada jam 6.30 petang (waktu Korea) semalam (13 Oktober).

Pihak polis turut mengesahkan berita itu. Menurut Balai Bomba Seongnam, semasa mereka tiba ditempat kejadian Sulli sudah tidak bernyawa.

“Kami menerima laporan waktu kematiannya adalah lebih kurang pada jam 3.30 petang. Sulli sudah meninggal dunia ketika kami tiba di tempat kejadian,” ujar pihak bomba.



Berikut adalah luahan Sulli mengenai hidupnya yang  terasa kosong dan hanya berpura-pura gembira di hadapan semua orang.

“Hidup saya sebenarnya kosong, saya merasakan bahawa saya sedang berbohong dan menipu semua orang dengan berpura-pura nampak gembira dari segi luaran.

“Saya bertanya kepada ramai orang untuk mendapat nasihat mengenai perkara itu. Mereka memberitahu saya bahawa setiap manusia mempunyai sisi gelap dalam hidup mereka.


“Namun kebanyakkan daripada mereka berpura-pura seolah-olah tidak mempunyai sisi tersebut. Jadi mereka menasihatkan saya supaya jangan menganggap perkara itu sebagai sesuatu yang pelik,” katanya.

Sebelum kematiannya Sulli juga telah memuat naik foto-foto yang merakamkan wajahnya sedang tersenyum di akaun Instagram khas buat peminat.

tags: Lagu Best, Lagu Terbaik, OST Popular, Lagu Terbaru 2019, Download Lagu terbaru, Lagu Terbaru Melayu 2019, Lagu Terbaru Inggeris 2019, Lagu OST, Lagu Terbaru Malaysia, OST Sara Sajeeda, OST Kau Yang Pertama, OST Cindai, OST Cinta Belum Tamat tempoh, OST Setelah Ku Dimiliki, OST Rumah Siti Khadijah, ost terima aku seadanya, OST Suamiku Mr Blind, OST Cindai, Lagu Siti Nurhaliza, OST Boboiboy Movie 2, OST Lelakimu Yang Dulu, OST Cemburu Seorang Perempuan, OST Ejen Ali, Final Big Stage 2,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Internet business sales

Donate Car To Charity CALIFORNIA, Online Classes, PHD In Counseling Education, Webex Costs, Register Free Domains,Best social media platforms, Social Media Tools

Cari Apa Saja..

Blog Archive