Sinopsis Filem "Papa Zola The Movie"

Sinopsis "Papa Zola The Movie: Misi Selamatkan Dunia" 


Papa Zola, seorang bapa yang berkeazaman tinggi untuk memberikan percutian impian kepada keluarganya. Dengan semangat yang membara (dan sedikit obsesif), dia mula mengumpul duit. 

Sewaktu kecil, Papa Zola mempunyai cita-cita yang sangat tinggi dan berlapis-lapis. Dia pernah berkata mahu menjadi guru Matematik, guru Pendidikan Jasmani, pengadil bola sepak, dan juga seorang adiwira. Lucunya, semua impian itu seolah-olah telah “tercapai” apabila dia dewasa . Termasuk mengajar anak kira-kira duit belanja, jadi jurulatih sukan tak rasmi keluarga, pengadil setiap pergaduhan adik-beradik, dan kini… terpaksa menyelamatkan dunia betul-betul!

Keadaan menjadi lebih pelik apabila Papa Zola bertemu semula dengan sahabat lamanya, Bob, yang pernah berkhidmat bersamanya dalam organisasi rahsia P.A.P.A (Protect and Prevent Agency) — bunyinya macam kelab golongan bapa, tapi sebenarnya penuh dengan misi berbahaya dan rahsia tahap tinggi.

Kekecohan bermula apabila Pipi Zola diculik oleh makhluk asing dari planet entah mana. Tanpa berlengah, Papa Zola dan Mama Zila yang biasanya sibuk mengurus rumah tangga terpaksa bertukar mod kepada mod adiwira. Dengan bantuan Bob, mereka memulakan misi menyelamatkan Pipi, berdepan UFO, makhluk asing pelik, dan situasi yang lebih kelakar daripada menakutkan — sambil, ya, menyelamatkan dunia sekali.

Satu perkara yang pasti, misi Papa Zola kali ini bukan sekadar untuk percutian keluarga, tetapi untuk membuktikan bahawa cita-cita zaman kanak-kanak… kadang-kadang memang boleh jadi kenyataan, walaupun dengan cara yang tak disangka-sangka.

Papa Zola The Movie kini sedang ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei. Filem ini bakal melangkah ke pentas antarabangsa bermula Januari 2026 di Indonesia, diikuti India, Vietnam serta pasaran Timur Tengah merangkumi Arab Saudi, UAE, Bahrain, Kuwait, Oman, Qatar dan Turki pada April 2026. 🎬✨

Info Papa Zola The Movie 

Judul: Papa Zola The Movie 
Genre: Aksi Keluarga
Idea Asal: Nizam Abd Razak 
Pengarah: Nizam Abd Razak 
Produksi: Monsta Studios Sdn Bhd & Astro Shaw Sdn Bhd 
Tarikh Tayangan: 11 Disember 2025

Tonton Trailer Papa Zola The Movie


 tags:Sinopsis Filem "Papa Zola The Movie", Lirik Lagu Malaysia, Lirik Malaysia, Lagu Terbaru 2025, , Download lagu, Download lagu mp3, Download lagu tiktok, download lagu malaysia, OST Drama melayu, ost drama terbaru, Carta lagu era, lagu terbaik, drama terbaru, drama melayu tv3, drama melayu best, lagu inggeris, lagu korea, ost jadikan aku bidadari, lagu apt, lagu negaraku, lagu korea, lirik lagu siti nurhaliza, Lagu Patriotik, Lagu Merdeka Malaysia ke -68,

Internet business sales

Donate Car To Charity CALIFORNIA, Online Classes, PHD In Counseling Education, Webex Costs, Register Free Domains,Best social media platforms, Social Media Tools

Cari Apa Saja..

Arkib Blog