ANDA SUKA Post/LAGU Ini? Kongsi dengan rakan :)






Sinopsis Cinta Hati Abah

Sinopsis Cinta Hati Abah (Samarinda Tv3)


Nota: Drama terbaru "Cinta Hati Abah "disiarkan di slot Samarinda TV3 mulai Januari 2016.  Skrip Cinta Hati Abah ditulis oleh Zarihah Hassan  dan drama ini diarahkan oleh Azmi Hatta.

Drama terbitan  Orangetree Production Sdn Bhd ini dibarisi oleh pelakon-pelakon seperti Zara Zya, Nonny Nadirah, Nor Zara Sophia, Ben Amir, Afiq Muiz, Esma Dainal, Nor Albaniah, Razak Ahmad, Laila Nasir dan ramai lagi.

Jangan lupa tontonnya setiap hari Isnin hingga Rabu jam 10 malam di TV3 dan  bookmark/ like blog lagulagumalaysia.blogspot.com untuk dapatkan banyak lagi info dapatkan terkini. Enjoy:)

Sinopsis Cinta hati Abah:

Mengisahkan susah -payah kehidupan seorang nelayan, Pak Salleh (Esma Daniel) yang terpaksa menjaga  tiga orang cahaya mata selepas kematian isteri. Anaknya semua perempuan.

Berikut anak-anak Pak Salleh:

Baizura (Nonny Nadirah) merupakan anak yang sulung. Dia seorang pelajar pintar dan mempunyai masa depan yang cerah dan Pak Salleh, berharap Baizura dapat ke menara gading. Namun begitu Baizura seorang yang materialistik. Dia bercinta dengan Marzuki (Afiq Muiz), yang merupakan anak peniaga keropok. Ibu bapa Marzuki ialah En. Jalil (Razak Ahmad) dan Che Gayah (Laila Nasir).

Intan (Zara Zya) pula merupakan anak kedua Pak Salleh. Dia juga pelajar cemerlang dan paling sayangkan ayah dan  adik bongsunya, Zaharah (Nor Zara Sophia). Dia seorang gadis yang merendah diri dan baik.

Zaharah (Nor Zara Sophia) merupakan anak bongsu Pak Salleh. Sewaktu kecil watak Zaharah dilakonkan Nor Zara Sophia dan Zaharah dewasa dilakonkan Sweet Farhana. Seperti kakak-kakaknya, Zaharah juga anak yang pintar dan cemerlang, hingga akhirnya dapat menyambung pengajian ke luar negara.

Maimon (Noralbaniah). Dia merupakan adik sepupu kepada Pak Salleh merangkap isteri kepada Yamin (Azman Jantan) , seorang yang selalu mempertahankan keluarga Pak Salleh.

Dalam drama ini Intan (Zara Zya) mempunyai hubungan rapat dengan Ikmal (Idris Khan), anak kepada Cikgu Ramlah (Suzanne), yang sering mengambil berat tentang Intan.

Disamping kisah Intan dan keluarganya terdapat juga kisah Milah (Liza Zain) pemilik kedai makan, yang mempunyai seorang anak lelaki yang lurus bendul, Fikri (Ben Amir). Dialah insan yang sering membantu Intan dan menjaga Zaharah.




Pilihan Berkaitan Yang Menarik: 




Pilihan Sinopsis Drama Menarik :


Pilihan Lagu Baru:

Pilihan Ekstra:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kami Hantar Lagu Terbaru Terus Ke Email Anda:)