Kenal Rapat 6 Tahun
Perkenalan rapat mereka selama 6 tahun akhirnya membawa ke jinjang pelamin. Begitulah rentetan kisah cinta dua pasangan pelakon yang bagai pinang di belah dua ini walaupun sebelum ini mereka seakan cuba merahsiakan hubungan ini. Ternyata kalau ada jodoh tidak ke mana.
Berikut ikrar Syatilla kepada Sam menjelang hari bahagia mereka...
“Awal (merujuk kepada Sam), kita sudah lama kenal dan melalui banyak hal bersama. Saya cuma nak ucapkan terima kasih kerana selalu ada dengan saya setiap masa. Terima kasih kerana selalu membuatkan saya gembira dan rasa bahagia”
“Terima kasih juga sebab kadang-kadang bertukar menjadi ‘jahat’, namun kasih sayang dan cinta itu tidak pernah terhakis. Semoga hubungan kita akan kekal sampai bila-bila. Saya berjanji akan memberikan anak kepada awak, umpamanya penuh satu pasukan di padang bola. Itu janji saya,” kata Syatilla kepada Sam melalui BH Plus.