Sinopsis Keluarga Pontimau (Aksi TV3)


Sinopsis Keluarga Pontimau (Aksi TV3)






INFO DRAMA

Drama fiksyen terbaru berjudul 'Keluarga Pontimau' terbitan Filmscape Sdn Bhd dibawah arahan Khabir Bhatia dan Nurhanisham akan ditayangkan di TV3 mulai Oktober 2015. Bersandarkan teknologi animasi 3D dan barisan pelakon yang tidak kurang hebatnya seperti Keith Foo, Marsha Milan Londoh, Amelia Henderson, dan lain-lain pasti akan menggentarkan malam anda! Saksikan Keluarga Pontimau di slot Aksi TV3 bermula 6 Oktober ini pada hari Selasa, jam 10.00 malam.

JUDUL : KELUARGA PONTIMAU
EPISOD : 13 Episod
TARIKH MULA : 6 Oktober 2015
WAKTU: Selasa, 10.00 malam)
SLOT: Aksi TV3
SKRIP: Ashraff Zain dan Sharmaine
PENGARAH : Khabir Bhatia dan Nurhanisham (Labu)
PENERBIT : Filmscape Sdn Bhd
PELAKON : Keith Foo, Marsha Milan Londoh, Amelia Henderson, Sean Lje, Yasmin Hani, Isma Daniel, Julia Ziegler, Kismah Johar, Jaslin Puasa, Akhmal Rizal, Jasmine Suraya, Nurul Fatihah Ali, Lee Yvonne, Angelin Tan, Esma Daniel, Dazrin Kamaruddin

BARISAN PELAKON
  • Keith Foo sebagai Eddy (Harimau Jadian)
  • Marsha Milan sebagai Elvira (Pontianak)
  • Sean Lee sebagai Joe
  • Amelia Henderson sebagai Sabrina
  • Esma Daniel sebagai Jabar
  • Yasmin Hani sebagai Julia
  • Lee Yvonne sebagai Hilda
  • Dazrin Kamaruddin sebagai Rayyan

SINOPSIS KELUARGA PONTIMAU
Seorang penulis novel fiksyen Rayyan (Dazrin Kamaruddin),  baru sahaja berpindah ke sebuah kawasan perumahan. Dia sedang mengarang novel fiksyen terbarunya.
Akibat  mengalami writer’s block atau ketiadaan idea, Rayyan minum secawan kopi sambil memerhati tingkah laku jiran-jirannya. Menyaksikan pergaduhan sebuah keluarga menimbulkan satu idea untuk menggabungkan watak Pontianak dan Harimau Jadian.

Di situlah lahirnya kisah Keluarga Pontimau...

Keluarga Pontimau ini sebenarnya sebuah keluarga hasil perkahwinan campur Pontianak dan Harimau Jadian. Mereka baru berpindah ke kawasan kejiranan baharu di Saujana Bookit dan cuba menyesuaikan hidup dengan orang biasa. Namun pelbagai halangan dan cabaran yang dihadapi.

Berikut Sifat-sifat Ahli keluarga mereka yang Pelik Dari Manusia Biasa:

  • Eddy (Keith Foo): Ketua keluarga merupakan harimau jadian yang memiliki kekuatan luar biasa, berusia 150 tahun dan memakan daging mentah. Memiliki paras rupa yang agak kacak, penuh dengan keyakinan diri tetapi agak malas dan perbuatannya tidak menunjukkan kebijaksanaannya.
  • Elvira (Marsha Milan)-Isteri Eddy, seorang Pontianak dengan gaya elegan dan sedikit kreatif. Walau sedikit gila-gila, Elvira memiliki kekuatan yang yang lebih daripada Eddie. Elvira cuba untuk memahami dan mempelajari mengenai kehidupan manusia seperti memasak, menguruskan rumah tangga, menghias rumah dan bermacam lagi tetapi sering sahaja usahanya itu menimbulkan masalah apabila dilakukan secara berlebihan.
 
  • Joe -Anak kembar Eddy dan Elvira, mewarisi DNA kedua ibu-bapanya. Dia yang paling kuat, bijak dan matang diantara mereka. Joe sering memastikan keluarganya tidak menimbulkan kekecohan dan hidup seperti manusia biasa. Tidak seperti ahli keluarganya yang lain, dia hanya makan sayur dan tidak berminat dengan daging ataupun darah.

  • Sabrina (Amelia Henderson). -Anak kembar perempuan, Sabrina berumur 20 tahun dan meningkat umur seperti hayat orang biasa, tidak seperti ibunya. Mewarisi kecantikan Elvira. Dia seorang yang diva, manja dan sering memeningkan kembarnya, Joe. Kalau dia mahukan sesuatu dia pasti akan mendapatkan tanpa peduli akan apa yang akan terjadi. Kelemahannya ialah dia akan bertukar menyerupai seekor harimau yang comel apabila malam menjelma. 

  • Baby George- anak bongsu mereka yang lahir setelah mereka berpindah, juga memiliki kuasa mengalihkan barang melalui minda dan juga keupayaan berkomunikasi melalui minda.

Jiran mereka iaitu Jabar (Isma Danial) dan Julia (Yasmin Hani) ingin menyiasat mengenai Keluarga Pontimau ini. Apakah rahsia mereka akan terbongkar?Jika ya, apa kesudahannya?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagu Terbaru Terus Ke Email Anda:)

Internet business sales

Donate Car To Charity CALIFORNIA, Online Classes, PHD In Counseling Education, Webex Costs, Register Free Domains,Best social media platforms, Social Media Tools

Cari Apa Saja..

Blog Archive