Kenapa Najwa Latif Tolak Cinta?

Najwa Mahu Utamakan Kerjaya


Ada sesetengah artis lebih dikenali berasaskan kisah cinta berbanding pencapaian, kerjaya dan kejayaan mereka dalam bidang hiburan yang diceburi. Namun perkara begitu tidak berlaku kepada penyanyi berbakat besar Najwa Latif. Malah dia menegaskan dia mahu mengutamakan pelajaran dan kerjaya seninya terlebih dahulu buat masa ini .

Buktinya dalam usia mencecah 20 tahun dia masih belum bersedia mahu menjalinkan hubungan dengan mana-mana lelaki.

Berikutan Penjelasan Lanjut Najwa Latif Mengenai Pendiriannya:

"Tiada teman lelaki. Saya masih muda dan masih banyak perkara lain yang menjadi keutamaan terutamanya pengajian saya di universiti yang berbaki dua tahun lagi.

"Kalau berkawan biasa memang ada tetapi untuk bercinta rasanya belum sampai masanya lagi,"

"Selain karier dan pengajian, keluarga juga fokus saya. Mereka adalah cinta saya."
Najwa kini sedang sibuk menyiapkan album terbaharunya yang akan dipasarkan pada penghujung tahun ini. Lagu 'Satu' merupakan single pertama yang akan dilancar pada September depan. Kepada peminat Najwa Latif sama-sama nantikan kemunculannya.

kredit: mstar
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Internet business sales

Donate Car To Charity CALIFORNIA, Online Classes, PHD In Counseling Education, Webex Costs, Register Free Domains,Best social media platforms, Social Media Tools

Cari Apa Saja..

Arkib Blog