Nasar (Andi Bernadee) ingat lepas cerai dia boleh hidup tenang-tenang je... tapi malangnya, hidup dia lebih drama daripada sinetron 800 episod!
Baru nak move on, dia dihantar menguruskan Love Wave Hotel, hotel yang bukan je hampir bankrap, tapi juga penuh misteri dan kekecohan, Hotel ini merupakan hak milik Tuan Joe. Dengan bantuan (dan kadang-kadang beban) dari Datuk Sudin (Mark Adam) yang suka bercakap lebih daripada bekerja terpaksalah Nasar hadapi semuanya.
Kalau masalah hotel tak cukup memeningkan kepala, Nasar pulak terperangkap dalam cinta tiga segi yang tak dirancang. Antara Farida (Riena Diana) yang hot tapi garang, dan Haiza (Wanie Ooi) yang manis tapi penuh kejutan. Hidup Nasar berubah macam episod reality show, penuh dengan drama, jeritan, dan mungkin… cinta?
Lepas tu, macam tak cukup chaos, tiba-tiba ada je bekas isteri (Jannah) yang datang nak "sambung cerita lama". Ada pulak bomoh moden yang datang buat "cleansing hotel". Itu tak masuk lagi tetamu-tetamu pelik yang muncul entah dari mana, dan oh ya tak lupa wasiat misteri yang bakal menentukan jodoh sebenar Farida!
Fuh! memang haru...
Dengan hati yang belum pulih, cinta yang datang tak dijemput, dan hotel yang mungkin berhantu, mampukah Nasar kekal waras dan profesional?
Atau... dia pun akan jadi “pengunjung tetap” di bilik terapi?
Jangan lepaskan 'Boleh Saya Bantu 2,' drama penuh gelak tawa, cinta, dan sedikit gila-gila. Sebab kadang-kadang, bantu orang lain itu mudah… tapi bantu diri sendiri? Hah, itu yang paling susah!
Musim terbaharu drama komedi romantik yang dinanti-nantikan, Boleh Saya Bantu? 2 kembali dengan plot yang lebih mencuit hati, lebih dramatik dan tentunya lebih gila-gila! Selepas kejayaan musim pertama, kisah Nasar kini disambung dengan cabaran baharu yang bukan sahaja menguji emosi, malah membuat penonton tidak kering gusi.
Drama ini akan mula ditayangkan pada 8 Ogos 2025, setiap Jumaat dan Sabtu, jam 9 malam, hanya di slot Lestary TV3. Untuk yang tak sabar, anda juga boleh strim episod baharu 24 jam lebih awal di www.tonton.com.my
, atau muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play dan App Store.
Senarai Sinopsis Dan OST Terbaru :
- Sinopsis Drama Seadanya Kita (baru!)
- Sinopsis Drama Rumah Tanpa Luka (baru!)
- Sinopsis Drama Boleh Saya Bantu 2 (baru!)
- Sinopsis Drama Setia Itu Mahal
- Sinopsis Drama Langit Ke Tujuh
- Sinopsis Filem Ejen Ali The Movie 2
- OST Drama Dia Bukan Ipar Sempurna
- OST Drama Nikmat Hanya Sesaat
- OST Drama Aku Bukan Ustazah 2
- OST Drama Dia Bukan Syurga
- Semua OST, Sinopsis Drama Dan Filem 2025
tags: sinopsis boleh saya bantu 2, Lirik Lagu Malaysia, Lirik Malaysia, Lagu Terbaru 2025, , Download lagu, Download lagu mp3, Download lagu tiktok, download lagu malaysia, OST Drama melayu, ost drama terbaru, Carta lagu era, lagu terbaik, drama terbaru, drama melayu tv3, drama melayu best, lagu inggeris, lagu korea, ost jadikan aku bidadari, lagu apt, lagu negaraku, lagu korea, lirik lagu siti nurhaliza, Lagu Patriotik, Lagu Merdeka Malaysia ke -68,