- Huntr/x vs The Saja Boys: Kisah K-pop, Syaitan & Lagu Pecah Pentas!
Di masa kini, dunia K-pop digegarkan oleh trio gadis paling badass — Huntr/x, yang terdiri daripada Rumi, Mira, dan Zoey. Di sebalik koreografi power dan vokal padu, mereka juga merupakan... pemburu syaitan sepenuh masa. (Siapa perlukan rehat bila kau ada tour dunia dan perlu halang kiamat, kan?)
Mereka berada di bawah bimbingan Celine, bekas pemburu yang juga ibu angkat Rumi. Selepas tamat jelajah dunia, Huntr/x nak debut lagu baharu mereka — "Golden" — secara langsung. Tapi tiba-tiba Rumi mula hilang suara. Spoiler: dia sebenarnya separuh syaitan. Yup. Celine je yang tahu rahsia ni, dan Rumi diberitahu sejak kecil bahawa kalau dia “memutarkan Honmoon keemasan”, tanda syaitannya akan hilang. Macam... reset wajah demon tu.
- Masalah Bermula Bila K-pop Bertemu Ahli Neraka
Sementara itu, dalam dunia syaitan, bos besar bernama Gwi-Ma mengamuk sebab anak-anak buahnya asyik gagal. Jadi apa dia buat? Dia cipta kumpulan boy band syaitan bernama The Saja Boys, diketuai oleh bekas manusia bernama Jinu. Misi mereka? Curik peminat Huntr/x, lemahkan Honmoon, dan dapatkan kembali suara syaitan dalam industri muzik. Drama betul.
Tapi Huntr/x tak mudah ditipu. Mereka syak sesuatu masa first time jumpa The Saja Boys — aura oppa-oppa terlalu kuat, tapi ada bau sulfur.
Dalam satu pertarungan, Jinu nampak tanda syaitan Rumi dan — bukannya membocorkan rahsia — dia tolong sorok! Plot twist alert!
- Konflik, Luahan Hati & Kebenaran Pahit
Jinu kemudian ajak Rumi lepak... dan spill the tea. Katanya, syaitan sebenarnya “diperhambakan oleh rasa malu”, sebab suara Gwi-Ma akan terus membisik dalam kepala mereka. Dulu, 400 tahun lepas, Gwi-Ma bagi Jinu suara merdu untuk keluar dari kemiskinan. Tapi surprise — itu perangkap. Jinu akhirnya terperangkap jadi syaitan dan keluarganya hancur. Plot macam drama KBS malam Ahad.
- Lagu Baharu, Dilema Baru
Huntr/x nak balas dendam melalui lagu baharu bertajuk "Takedown" — diss track terhadap The Saja Boys. Tapi Rumi tiba-tiba mula rasa... guilty. Kenapa nak benci semua syaitan? Tak semua jahat, kan? (Macam dia, contohnya.)
Dia pun propose satu pelan gila: kalau Jinu tolong mereka menang Anugerah Idol dan kuatkan Honmoon, dia boleh tinggal kat dunia manusia tanpa masalah. Nice..
Rumi kemudian luah perasaan: suara dia jadi lemah sebab malu akan asal-usulnya. Tapi lepas bercakap dengan Jinu, suara dia kembali. Jinu pula kata dia dah tak dengar suara jahat Gwi-Ma, sebab... Rumi dah sembuhkan dia.
Tapi... macam biasa, bos besar syaitan tak suka drama redemption. Gwi-Ma panggil balik Jinu, remind dia: “Kau bukan disumpah, kau pilih kekayaan dan buang keluarga. Aku bagi suara, bukan free bro.”
- Malam Anugerah & Pengkhianatan Gred A
Malam Idol Awards pun tiba. Saja Boys... tak muncul. Huntr/x perform "Golden", sebab mereka buang “Takedown” disebabkan drama dalaman. Semua nampak okay… UNTIL penyamar syaitan yang dihantar Jinu menyamar jadi Mira dan Zoey, dan trick Rumi naik pentas untuk nyanyi “Takedown”. Sambil nyanyi, mereka reveal tanda syaitan Rumi secara LIVE!
Rumi cabut lari dari pentas, jumpa Mira dan Zoey sebenar, yang rasa dikhianati. Jinu? Rupanya dia tipu pasal masa lalunya, dan semua ni... plan jahat Gwi-Ma! Oh boy.
Mira, Zoey, dan penonton semua kena sihir dan dibawa ke pentas Saja Boys, tempat Gwi-Ma nak buat Grand Finale — musnahkan Honmoon dan bebas dari neraka.
Twist Akhir & Lagu Terakhir
Rumi dalam kesedihan minta Celine bunuh dia (yikes). Tapi Celine kata: “Eh, tak. Kita boleh delete semua ni, start over.” Rumi marah sebab rasa Celine tak pernah sayang dia sepenuhnya, dan dia pergi.
Kemudian — cue spotlight — Rumi muncul kat pentas Saja Boys dan nyanyi lagu baru penuh emosi, pasal menerima siapa diri kita, tanpa rasa malu. Lagu tu pecahkan sihir Gwi-Ma, dan semua orang “bangun” dari trance.
Huntr/x kembali bersatu dan lawan balik. Dalam klimaks penuh drama dan api, Jinu korbankan diri untuk selamatkan Rumi, bagi dia rohnya semula. Dengan kuasa penuh, Huntr/x musnahkan Gwi-Ma dan Saja Boys, dan cipta semula Honmoon yang baru.
Akhir Bahagia, Peminat Tersentuh
Rumi, kini bangga dengan identitinya walaupun separa syaitan namun dia berhati baik. Di juga berdamai semula dengan Mira dan Zoey. Mereka kembali ke pentas — bukan untuk berlawan — tapi untuk bertemu peminat yang selama ini menyokong mereka, tanpa syarat.
P/S: Untuk Dapatkan update lagu OST , Sinopsis Drama dan filem yang baru dipost, sila bookmark 'page 'lagulagumalaysia.blogspot.com' dan follow facebook kami. Terima Kasih. Semoga Terhibur:)
Senarai Penuh OST Filem KPop Demon Hunters + VIDEO:
- Lirik Lagu Free -Rumi And Jinu lyrics + Video (OST Kpop Demon Hunters)...
- Lirik Lagu How It’s Done - Huntr/x lyrics (OST Kpop Demon Hunters)...
- Lirik Lagu Your Idol - Saja Boys lyrics (OST Kpop Demon Hunters) ...
- Lirik Lagu Soda Pop -Saja Boys lyrics (OST Kpop Demon Hunters)...
- Lirik Lagu Takedown - Huntr/x lyrics (OST Kpop Demon Hunters)...
- Lirik Lagu Golden -Huntr/x lyrics (OST Kpop Demon ...
- Sinopsis Filem KPop Demon Hunters (Netflix) ( Hot!)
Senarai Sinopsis Terbaru:
- Sinopsis Drama Seindah Hujan Cinta (Baru!)
- Sinopsis Drama Hospital Loveline (baru!)
- Sinopsis Filem Kpop Demon Hunters (2025)(baru!)
- Sinopsis Filem Jurassic Rebirth (2025) (baru!)
- Sinopsis Filem Demon Slayer Infinity Castle (Baru!)
- Sinopsis Drama Seadanya Kita (baru!)
- Sinopsis Drama Rumah Tanpa Luka (baru!)
- Sinopsis Drama Boleh Saya Bantu 2 (baru!)
- Sinopsis Drama Setia Itu Mahal
- Sinopsis Drama Langit Ke Tujuh
- Sinopsis Filem Ejen Ali The Movie 2
- Senarai PENUH Sinopsis Drama, Filem 2025(klik sini!)
Senarai OST Terbaru:
- OST Drama Thariq Ridzuwan : His Treasure (baru!)
- OST Drama Mandul Bukan Pilihan (baru!)
- OST Drama Kerana Seorang Lelaki (baru!)
- OST Drama Seindah Hujan Cinta (baru!)
- OST Drama Hospital Loveline (baru!)
- OST Drama Dia Bukan Ipar Sempurna
- OST Drama Nikmat Hanya Sesaat
- OST Drama Aku Bukan Ustazah 2
- OST Drama Dia Bukan Syurga
- OST Drama Dia Bukan Ipar Sempurna
- Senarai OST Drama, Filem 2025 (Klik sini!)
tags: Lirik Lagu Malaysia, Lirik Malaysia, Lagu Terbaru 2025, , Download lagu, Download lagu mp3, Download lagu tiktok, download lagu malaysia, OST Drama melayu, ost drama terbaru, Carta lagu era, lagu terbaik, drama terbaru, drama melayu tv3, drama melayu best, lagu inggeris, lagu korea, ost jadikan aku bidadari, lagu apt, lagu negaraku, lagu korea, lirik lagu siti nurhaliza, Lagu Patriotik, Lagu Merdeka Malaysia ke -68,