Kecoh Foto Nora Danish Berbikini di Pulau Tersebar

Apa Penjelasan Nora Danish Tentang Foto Bikini
Kecoh dengan isu foto gambarnya yang berbikini ketika bercuti di sebuah pulau tersebar luas baru-baru ini menyebabkan pelakon Nora Danish pada Rabu menggunakan Instagram sebagai platform bagi menjelaskan keadaan..

Berikut penjelasan Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd Danish Hanif, 33 yang menafikan hal tersebut dan menyifatkannya sebagai kes pelanduk dua serupa.

"Saya mencari wanita ini, siapa yang kenal tolong tag dia ok, saya sangat mahu berjumpa dengannya,"


Dia menyelar kepada pihak yang suka serkap jarang dan membuat tuduhan melulu sebelum mendapat bukti yang sahih.

"Lepas ini setiap perempuan pakai bikini semua saya?, muka sama semua saya, God please give me a break. Ada berjuta penduduk kot penat nak deny semua.

"Tolonglah beri saya rehat," tulisnya bagi membalas komen-komen pengikut.

Apabila ditanya kenapa dia tidak memadam gambar itu, ini jawapannya.

"Perlukan saya padam gambar ini? Saya rasa saya sudah kaburkan. Jangan risau tentang wanita ini, jika dia boleh papar seperti ini di Instagram, saya rasa ia tidak jadi masalah jika saya muat naik semula. Lagi pula saya sedang mencarinya," ujarnya.

Berikut Gambar Wanita Misteri Berbikini Yang Dicari Nora Danish